TERKINI :

Wednesday, June 29, 2016

Pengerusi NGO disambung reman sehingga Khamis

KUALA LUMPUR - Tempoh reman pengerusi sebuah badan kerajaan (NGO) berkaitan pencegahan jenayah dan pemandunya seorang lelaki warga India, dilanjutkan sehingga Khamis ini bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan kes peras ugut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.

Pada 22 Jun lepas, mereka ditahan polis berdekatan Plaza Tol Nilai kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut.

Menurut laporan portal berita, pengerusi NGO bergelar berumur 32 tahun itu yang tinggal di Kajang, ditahan oleh pasukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Bukit Aman, sebaik menerima wang perlindungan RM25,000 daripada pengadu, seorang pengusaha perjudian haram berumur 38 tahun.

Menurut laporan itu, dalam tangkapan pukul 10.50 malam itu, polis turut menemukan wang tunai RM16,080 di dalam kereta suspek. - Bernama

Wang perlindungan: Pengerusi NGO direman

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...