TERKINI :

Wednesday, June 15, 2016

PAS kata AMANAH parti pengacau..!!

Amanah sebenarnya parti pengacau

SUNGAI LIMAU – Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan bahawa Parti Amanah Negara (Amanah) sebenarnya yang menjadi pengacau kerana turut sama bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kawasan Parlimen Sungai Besar.

Menurut Iskandar, Pas mempunyai harapan besar setelah parti berkenaan menamakan calon terlebih dahulu untuk bertanding dalam PRK Sungai Besar namun tindakan Amanah yang turut sama bertanding adalah sangat tidak adil.

“Saya nak tegaskan ini adalah kerusi kita (Pas) dan kita pernah bertanding di sini.

“Bermakna kita yang terlebih dahulu masuk dan pernah bertanding di sini jadi tak adil kata kita pengacau. Amanah yang pengacau,” katanya pada sidang media yang berlangsung di Markas Pas Sungai Limau hari ini.

Iskandar berkata demikian bagi menjawab kenyataan Penasihat DAP yang mengatakan bahawa Pas adalah pengacau kerana turut serta dalam PRK kali ini dan sekiranya para pengundi memilih parti Islam itu sama seperti memilih BN.

Dalam perkembangan lain, Iskandar yang juga Pengarah PRK Pas Sungai Besar turut menggesa agar pengundi luar dapat pulang untuk menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih parti yang bertanding PRK kali ini.

“Saya menggesa pada pengundi luar untuk balik mengundi sepertimana saya nyatakan sebelum ini bahawa PRK ini penting bukan untuk kedua-dua kawasan tapi secara keseluruhan rakyat negara ini sebab ia beri mesej pada BN,”katanya.

Tambah Iskandar, Pas kini sudah bertemu lebih 80 peratus pengundi di Sungai Besar bagi membawa mesej agar mereka dapat menolak BN untuk kesejahteraan seluruh rakyat.

“Sekiranya BN menang besar hari ini, ia akan menyebabkan rakyat rugi dan kita nk beri mesej pada BN yang kita tak restui tindakan mereka,”katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...