TERKINI :

Saturday, June 11, 2016

Panggil Mereka PAN, Bukan Amanah - Muslimat PAS Selangor

SUNGAI BESAR: Parti Amanah Negara (Amanah) tidak layak dipanggil ‘Amanah’, demikian dakwa Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan.

Katanya, parti serpihan PAS itu telah mengkhianati perjuangan ketika bersama PAS sebelum ini, justeru ia lebih sesuai dipanggil PAN.

“Kenapa perlu sebut Amanah? Mereka khianati perjuangan sebelum tubuhkan parti PAN, mereka bongkarkan kerahsiaan parti PAS dengan melarikan kerusi-kerusi yang mereka tandingi atas tiket PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

“Tak layak panggil  Amanah. Kalau ada ‘mata-mata’ PAN di sini balik dan beritahu sendiri bos masing-masing sebab apa nak panggil Amanah?” katanya dalam ceramah di Kelimpok di sini, malam Jumaat.

Beliau memberi contoh kerusi-kerusi PAS yang didakwa dibawa lari oleh beberapa ahli Parlimen dan Adun Selangor yang kini bernanung di bawah Amanah.

Jelas beliau, kerusi-kerusi tersebut adalah Parlimen Sepang (Hanipa Maidin), Parlimen Kota Raja (Dr Siti Mariah Mahmud), Shah Alam (Khalid Samad) serta kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang (Saari Sungip) dan Morib (Hasnul Baharuddin).

“Buktikan kalau betul-betul mereka amanah kosongkan kerusi tersebut dan bertanding atas tiket PAN. Kalau menang bererti rakyat betul-betul sokong mereka dan inginkan mereka terajui kerusi tersebut.

“Tapi bawa lari kerusi atas tiket PAS dan tengok samada rakyat sokong mereka disebabkan mereka ambil kerusi Adun dan Parlimen yang ada sekarang ini, itu tidak amanah,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...