TERKINI :

Sunday, June 12, 2016

Nurul - SPR sila Tegur TPM sebab ugut nak periksa peti undi

bertindak terhadap TPM, kata PKR

Alyaa Alhadjri
12 Jun 2016, petang 6:04 (Dikemaskini 12 Jun 2016, petang 6:07)

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar menegur Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana memberi bayangan akan memeriksa peti undi di Sungai Besar.

"Tidak pernah dengar seperti ini sepanjang hidup saya, " kata pengarah pilihan raya Sungai Besar PKR itu.

"Saya fikir Zahid patut diberi amaran oleh SPR kerana mereka (SPR) dakwa bahawa mereka tidak menyebelahi sesiapa.

"Anda tidak boleh mengugut pengundi dan anda seolah-olah mengatakan bahawa menteri-menteri BN mempunyai akses kepada pengundi dan siapa yang mereka undi, " katanya pada sidang akhbar di pusat operasi media AMANAH, di sini.

Beliau merujuk kepada kenyataan Zahid semalam dengan beliau membuat perjanjian dengan kira-kira 300 nelayan untuk membantu mereka.

Katanya, beliau telah membuat ikrar 'potong ayam' yang dipercayai merujuk kepada amalan budaya tertentu.

"Jangan hanya cakap di depan saya tetapi kamu tidak undi. Saya janji. Janji potong ayam," kata Zahid kepada para hadirin yang kebanyakannya terdiri daripada nelayan Cina dari sekitar Sekinchan.

"Jika nelayan di sini undi Budiman, saya periksa peti undi, pastinya saya akan datang balik sini lagi...," katanya semalam.

Nurul Izzah turut menyifatkan kenyataan Zahid sebagai suatu ugutan kepada para nelayan.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...