TERKINI :

Saturday, June 11, 2016

Najib jangan janji tinggal janji – AMANAH

 Asmuni-Awi_najib_600
KUALA KANGSAR: AMANAH hari ini mengingatkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan negeri Perak supaya mengotakan janji mereka bagi menyiapkan jambatan Manong.

Pengerusi AMANAH Perak Asmuni Awi berkata peruntukan sebanyak RM43.5 juta untuk pembinaan jambatan itu juga diharap bukan sekadar janji manis daripada BN dalam PRK Kuala Kangsar kali ini.

“Apa yang saya nak nyatakan ialah penegasan yang kami minta, bukan mengenai peruntukan tetapi bila nak buat dan bila boleh siap. Peruntukan itu dia boleh bagi begitu saja. Tetapi akhirnya kita tidak nampak apa-apa.

“Jadi ini satu lagi politik. Masih tidak dijawab bila jambatan itu nak dibuat. Sebab ini isu lama. Bila jambatan itu nak dibuat. Bila peruntukan itu diluluskan dan datang daripada Rancangan Malaysia yang mana?

“Dan ini saya nyatakan ia satu cara BN untuk meredakan suasana di Manong di mana rakyat sedar mereka sentiasa ditaburi janji manis tetapi di peringkat akhir pelaksanaan tidak dilakukan.

“Dan ini hanya untuk meredakan keresahan yang berlaku di bawah sana,” katanya di Ibu Pejabat AMANAH Kuala Kangsar, pagi ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Najib semalam yang mengumumkan kelulusan projek pembinaan Jambatan Manong dengan peruntukan RM43.5 juta.

Berucap pada majlis berbuka puasa di Masjid Noorul Huda, Manong malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkannya sebagai hadiah Ramadan kepada penduduk Kuala Kangsar.

Sementara itu, Asmuni turut menyelar kerajaan BN yang menafikan wujudnya majlis pecah tanah sebanyak lima kali di kawasan pembinaan jambatan itu.

Katanya, perkara itu memang sudah berlaku dan telah dilaksanakan ahli Parlimen terdahulu iaitu Tan Sri Rafidah Aziz.

“Yang bercakap tidak tahu dan perdana menteri tak tahu. Saya nak beritahu yang buat pecah tanah ini calon yang terdahulu. Yang sudah tidak jadi lagi ahli Parlimen di sini. Jadi Najib tidak tahu mengenai ini. Jadi calon ataupun petugas dan pegawai BN tidak tahu perkara ini.

“Tetapi kita tegaskan bahawa, seperti jambatan ini, setiap kali pilihan raya, setiap kali itu hanya dibina selepas lima penggal. Sejak Tan Sri Rafidah Aziz,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...