TERKINI :

Friday, June 17, 2016

Mahkamah tolak permohonan KPN, Ismail Sabri untuk membatalkan saman fitnah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah

KPN, Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membatalkan saman fitnah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Saman itu berhubung dakwaan mereka menuduhnya sebagai penderhaka kepada negara selepas bergambar dengan Puteri Sulu, Jacel Kiram.

http://www.justreadonline.com/wp-content/uploads/2016/05/8d5c-e1462099426821-1132x670.jpegHakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'Hara menolak saman berkenaan selepas mendapati saman itu wajar dibicarakan.

Dalam penghakimannya, John Louis berkata, saman tersebut mempunyai kausa dan tindakan yang munasabah untuk didengar.

Sehubungan itu John Louis memerintahkan Khalid dan Ismail Sabri membayar kos RM5,000 kepada Nurul Izzah.

Dalam pada itu John Louis turut menasihati kedua-dua pihak untuk menyelesaikan saman itu melalui proses rundingan (mediasi).

Prosiding di mahkamah terbuka itu dihadiri peguam Shahid Adli Kamarudin bagi pihak Nurul Izzah manakala Khalid dan Ismail Sabri diwakili peguam kanan persekutuan, Alice Loke Yee Ching.

Pada 26 November tahun lalu Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai memfailkan saman itu dengan mendakwa Khalid telah mengeluarkan perkataan-perkataan fitnah terhadapnya dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman pada 22 November 2015.

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/11/Nurul.jpg
Dalam pernyataan tuntutannya, beliau berkata perkataan fitnah itu dikeluarkan selepas beberapa hari gambar yang memaparkannya (Nurul Izzah) bersama Jacel Kiram, anak perempuan Jamalulail Kiram yang dikatakan mengarahkan atau mengetuai serangan dan pencerobohan ke atas Sabah, pada 2013.

Nurul Izzah mendakwa dalam makna asal atau biasa, perkataan-perkataan fitnah itu bermaksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada negara dan dalang di sebalik serangan dan pencerobohan Sulu ke atas Sabah.

Beliau juga mendakwa pada hari sama (22 Nov 21015), Ismail Sabri juga mengeluarkan perkataan-perkataan fitnah dalam sidang media di satu majlis di Bera, Pahang yang dalam makna asal atau biasa bermaksud beliau adalah seorang penderhaka kepada negara dan telah mengisytiharkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Sehubungan itu plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, faedah, kos, dan perintah injunksi bagi menghalang defendan mengulangi dan menerbitkan perkataan fitnah tersebut.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...