TERKINI :

Wednesday, June 8, 2016

Mahathir dakwa penyokong Najib pengkhianat

SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertindak memperlekehkan Deklarasi Rakyat dengan tuduhan kononnya deklarasi itu banyak penipuan.

Menurutnya, keraguan itu dibangkitkan supaya polis merampas dokumen tandatangan rakyat yang berusaha merayu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu supaya menyelamatkan negara.

“Mereka desak polis agar merampas borang deklarasi yang berada dengan sekretariat.

“Dengan harapan supaya polis dapat mengenal pasti individu yang tandatangan deklarasi tersebut dan akan dapat mengugut mereka,” katanya dalam entri terbaharu blognya dengan tajuk Kebebasan Bersuara.

Bekas perdana menteri itu mendakwa wujud ancaman terhadap mereka yang  menandatangani deklarasi berkenaan, termasuk bakal kehilangan bantuan BR1M, biasiswa untuk  anak-anak, peluang perniagaan dan kemudahan lain.

“Sebenarnya memang ramai yang tidak sanggup tandatangan deklarasi kerana rejim Najib akan ugut dan ganggu mereka.

“Jika tidak ada gangguan dan ugutan ini pastinya lebih ramai rakyat yang akan tandatangani Deklarasi Rakyat. Sebenarnya berjuta rakyat bersetuju supaya Najib berhenti daripada menjadi perdana menteri tetapi mereka takut dengan tindakan yang bakal dikenakan rejim Najib,” katanya. SH

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...