TERKINI :

Wednesday, June 8, 2016

Kita tak cukup duit buat billboard sendiri – AMANAH

SUNGAI BESAR: AMANAH hari ini menafikan terbabit dalam pemasangan papan iklan gergasi berbentuk provokasi yang tertera logo parti itu di kawasan Parlimen Sungai Besar.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad menegaskan parti itu masih baru dan tidak mempunyai wang untuk membuat papan iklan gergasi itu.

“Kami tidak cukup duit untuk (buat) billboard sendiri, bendera pun jauh lebih (sedikit) sebab kami parti baru bendera-bendera pun baru.

“PAS boleh kitar semula bendera lima tahun lepas. Kami tidak ada wang untuk perkara seperti ini dan isu ini sepatutnya dilaporkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau mendakwa papan iklan provokasi itu mungkin dilakukan UMNO sendiri sebagai tindakan ‘reverse psychology’.

“Ia mungkin ‘reverse psychology’ yang UMNO lakukan sendiri dan sudah tentu pemberita akan bertanyakan AMANAH.

“Kami tidak tahu, itu tidak ada kena-mengena dengan kami. Mungkin Unit Cawangan Khas (SB), PERKASA pasang, tetapi saya sendiri tidak tahu,” katanya.

Salah satu papan iklan gergasi itu tertera kenyataan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos yang mendakwa ‘Panggil Cina babi tidak salah’ manakala satu lagi berkaitan skandal 1MDB yang tertera “BN PAS sehati sejiwa, rasis rasuah sama sekali”.

Di sudut bawah sebelah kanan kedua-dua papan iklan gergasi itu tertera logo AMANAH.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...