TERKINI :

Thursday, June 16, 2016

Kenapa PAS tidak mahu bekerjasama dengan Amanah?

Oleh Hj Jamzuri Ardani


Semalam ada orang bagi aku satu risalah yang diedarkan oleh petugas PAS di Sg Besar yang mengandungi Q&A.

Soalan 3: Kenapa PAS tidak mahu bekerjasama dengan Amanah?

Jawapan: Kita boleh bekerjasama dengan semua pihak termasuk dengan orang-orang kafir, tetapi kita tak boleh bekerjasama dengan pengkhianat.

Ulasan aku:

- Pada tahun 2001, Pas mengedarkan sticker menyatakan tindakan Umno memberhentikan royalti minyak Tganu sebagai suatu pengkhianatan. Apakah Umno kini sudah tidak lagi jadi pengkhianat sehingga membolehkan Presiden Pas, yang juga mantan MB Tganu duduk sepentas dan sedondon dengan Presiden Umno.

- Pada tahun 2014 semasa krisis MB Selangor, aku menghantar wassap kepada beberapa AJK Pas Pusat yang aku ada nombornya. Aku katakan bahawa sokongan Pas terhadap TSKI akan menyebabkan Pas akan kehilangan "moral ground" untuk mengambil tindakan disiplin ke atas penjawat politik dari Pas sekiranya mereka bertindak membelakangkan kepentingan parti. TSKI bukan sahaja "melarikan kerusi" ADUN, malah menggunakan jawatan MB untuk memecat exco-exco dari partinya sendiri. Waktu itu Pas bukan sekadar bekerjasama dengan TSKI, malah mempertahankan TSKI sehingga sanggup bergaduh dengan rakan komponen PR yg lain. Kenapa Pas mempunyai piawaian yang berbeza dalam isu "pengkhianatan" ini.

- Kalau "pengkhianatan" itu merujuk kepada tindakan mengekalkan kerusi ADUN atau MP, apa bezanya dengan TSKI? Kenapa Pas boleh menyokong tindakan TSKI, tetapi lansung tidak boleh bertoleransi ddngan ADUN dan MP Amanah. Di mana "moral ground" yang digunapakai?

- Kalau "pengkhianatan" itu merujuk kepada kerusi DUN atau MP yang kononnya tidak dipulangkan kepada Pas, maka perkara ini perlu dirujuk kepada undang-undang negara. Negara kita ada undang-undang, maka undang-undanglah medan terbaik menyelesaikan pertikaian itu. Kalau Pas boleh buktikan kerusi itu milik mereka dari sudut undang-undang negara, maka gunakanlah saluran undang-undang. Kenapa tidak?

- Kalau "pengkhianatan" itu merujuk kepada persoalan baiah, maka perkara ini perlu dirujuk kepada golongan pakar yang berkecuali dan mampu membuat tamsilan berkenaan hukum dan applikasi baiah dari sudut pandangan agama.

Pas tidak sewajarnya mengambil pandangan hukum secara unilateral dalam pertikaian ini kerana ianya tidak adil. Sedangkan persoalan menegakkan keadilan adalah tonggak dalam perjuangan siyasah syar'iyyah.

Hj Jamzuri Ardani, Bekas EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat era 90an.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...