TERKINI :

Saturday, June 18, 2016

Kena kat 'puak BN' hanya perang mulut biasa, kalau kat PH sebut 'bom' pun kelupoq habih..!!

Hanya perang mulut biasa, adat pilihan raya – BN

fght
KUALA KANGSAR: Tiada individu yang cedera dalam “perang mulut” yang tercetus antara petugas BN dan Pakatan Harapan di hadapan pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Tsung Wah kira-kira jam 11 pagi tadi.

Petugas BN yang enggan dinamakan menyifatkan insiden itu sebagai pertengkaran biasa antara parti politik ketika pilihan raya.

“Biasalah pada hari mengundi macam ini. Kalau senyap sahaja tak meriah pula. Sekadar perang mulut, tiada apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui FMT hari ini.

Bagaimanapun, beliau mengakui beberapa ‘pemuda’ terlanjur kata-kata ketika pertelingkahan itu berlaku.

Satu rakaman video muncul menunjukkan pertelingkahan antara petugas BN dan petugas Amanah yang membabitkan Adun DAP Pasir Pinji, Howard Lee.

Rakaman selama 12 saat itu menunjukkan seorang lelaki berkaca mata hitam mencekak baju Howard sambil memegang penumbuk dan menjerit “Apa lu cakap?” yang diiringi sorakan petugas BN lain.

Howard dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya berkata, petugas BN membuat provokasi dengan menjerit ‘balik, balik, balik Tongsan (China)’ kepada pihaknya.

“Saya tidak boleh terima provokasi seperti itu. Ahli-ahli MCA yang bersama mereka diam sahaja. Tetapi itu sudah dijangka.

“Apabila diminta jangan biadap, ketua mereka balas dengan tindakan yang lebih biadap, malah bersikap samseng, mencekik saya dan hendak menumbuk saya,” tulisnya.

Dalam pada itu, seorang anggota polis yang ditugaskan di tempat kejadian memaklumkan pergaduhan tersebut tidak lama dan tidak membawa kepada insiden lebih serius.

“Mereka hanya perang mulut, tidak sampai ke tahap (pergaduhan) fizikal. Malah saya yang leraikan mereka,” katanya yang enggan dinamakan.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...