TERKINI :

Wednesday, June 8, 2016

Kem BN di Kuala Kangsar goyah, Ahli Umno sedang boikot kempen diatas ketidakpuasan pilihan calon

Zahid: Sampai bila nak sakit hati, wahai ahli Umno
Shakira Buang

Ahli akar umbi Umno-BN dinasihatkan menerima ketentuan Tuhan dan tidak menyimpan rasa sakit hati terlalu lama berikutan pemilihan Mastura Mohd Yazid sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar 18 Jun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana semua yang terjadi adalah dengan ketentuan Allah Taala.

“Saya tidak nampak ada faktor luar yang mampu menggugat kejituan sokongan terhadap Mastura. Kalau ada pun (kecil hati) sikit-sikit sesama kita, rasa patut dapat tapi tak dapat (jadi calon).

“Sesuatu rezeki itu nak jadi kepada orang, orang punya jangan dakwa-dakwi, Allah dah tentukan.

“Zaman kita, zaman kitalah tetapi kalau zaman kita sudah berlalu dan bila orang lain dapat kita sokonglah,” tegas Zahid ketika berucap dalam majlis ramah mesra bersama masyarakat Ulu Kenas, Kuala Kangsar, hari ini.

Kata Zahid, jika perkara yang sama terjadi kepada dirinya sekali pun, sudah pasti beliau akan redha dengan ketentuan Tuhan itu.

“Saya tak sentuhlah sama ada masa hidup atau mati tetapi dalam keadaan sekarang ini yang saya nak sebutkan siapa atau jika saya sekali pun jika ditakdir (mati), saya tidak akan menongkat langit. Saya redhakanlah siapa pun yang akan menggantikan saya, kalau itu yang ditentukan Allah Taala,” kata Zahid.

Malah, Zahid yang juga naib presiden Umno berkata, meskipun ada ahli parti yang tidak menyokong Mastura, janganlah mensia-siakan hak mereka sebagai pengundi pada PRK akan datang.

“Kalau saya tak sokong sekali pun, saya akan duduk senyap dan biarkan dalam hati saja tapi bila masa mengundi nanti kita pangkahlah sebab orang itu dulu pangkah kita sebagai calon di kawasan ini. Itu cara
yang betul,’ tegas Zahid.

Menurut anggota parlimen Bagan Datoh itu lagi, kalau hendak layan sakit hati sampai bila pun tak akan kemana.

“Kalau nak layan sakit hati ini sampai bila nak sakit hati? Sampai meninggal? Itu sebabnya muka yang cerah itu sebab adanya ‘Nur’ (cahaya) bukan kerana dia sembahyang tonggang tonggek tetapi sebab dia
ikhlas dan Allah Taala pancarkan cahaya.

“Apa yang saya ingin sebutkan disini adalah kita mesti ada kesepaduan dan penyatuan tindakan. Calon ada atau tidak tak penting, apa yang penting adalah dia (Mastura) adalah calon kita. Kitalah yang bertanggungjawab sepenuhnya menentukan kemenangan calon kita di Kuala Kangsar atas kerja keras segala jentera yang ada,” kata Zahid.

Tambah Zahid, menteri besar datang dan pergi begitu juga dengan timbalan perdana menteri namun pemimpin sedia ada disini sepatutnya harus menggunakan kesempatan yang ada untuk mengekalkan kerusi parlimen mereka.

“Memang kami anak tempatan tapi duduk di luar Kuala Kangsar jadi kalau kami muncul di sini tiap-tiap hari orang Kuala kangsar keluarlah tiap-tiap jam.

“Nak menyorok-nyorok di belakang kenapa? Yang sakit hati nak dilayan ini kenapa? Ingat, kalau allah tak balas pada kita dia akan balas pada anak-anak kita ketika kita tidak ada,” ujar Zahid.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...