TERKINI :

Thursday, June 30, 2016

KAFIR HARBI - Kenyataan Jabatan Perdana Menteri Tidak Menyelesaikan Isu.

Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataannya menyatakan bahawa warganegara bukan Islam Malaysia bukan kafir harbi seperti yang dikatakan oleh Mufti Pahang. Kata Jabatan Perdana Menteri lagi, kenyataan Mufti Pahang tersebut telah diseleweng pihak-pihak tertentu. Sebenarnya Mufti Pahang bukan minta diperangi kafir harbi tetapi ditentang sahaja.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh JPM tersebut tidak menyelesaikan masalah tetapi menimbulkan lebih banyak persoalan.

a) Kenyataan Mufti Pahang merujuk kepada DAP sebagai kafir harbi dan kemudian berkata sesiapa yang menentang syariat Islam termasuk RUU Persendirian Hj Hadi dan hudud.

- Mufti Pahang jelas menyatakan bahawa DAP tergolong dalam kafir harbi yang wajar ditentang. Beliau menyebut dengan jelas iaitu DAP, sedangkan dalam DAP bukan semuanya bukan Islam atau kafir.

- Mufti Pahang berkata kafir harbi yang wajar ditentang hanya kerana tidak bersetuju dgn hudud dan RUU Persendirian Marang. Adakah benar hanya kerana tidak bersetuju dengan RUU Persendirian Marang terus boleh digolongkan sebagai kafir harbi?? Jika begitu Umno sejak dulu lagi sudah termasuk dalam kafir harbi. MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain parti gabungan Barisan Nasional tidak pernah bersetuju dengan hudud juga sejak dulu lagi kafir harbi. Adakah Malaysia ditadbir dan dipimpin oleh kafir harbi??

b) Kenyataan Mufti Pahang diseleweng. Ditentang sahaja bukan diperangi.

- Ini menunjukkan bahawa sememangnya wujud kafir harbi di Malaysia, cuma yang membezakannya ialah dari segi tindakan. Kafir harbi di Malaysia tidak boleh diperangi tetapi ditentang sahaja. Pokok pangkalnya dengan kenyataan JPM itu, kafir harbi sememangnya wujud di Malaysia. Persoalannya siapa?

- Siapa yang menyelewengkan kenyataan Mufti Pahang? Sebenarnya bukan menyeleweng tetapi cara memahami kenyataan. Sebab itu kami menyatakan bahawa kenyataan Mufti Pahang itu amat bahaya dalam konteks negara Malaysia ini. Ada orang memahami begitu dan ada yang memahami begini. Apa akan berlaku jika ada orang memahami bahawa DAP sememangnya kafir harbi yang layak dibunuh? Kerajaan tidak boleh salahkan orang yang memahami kenyataan tetapi orang yang mengeluarkan kenyataan perlu dipertanggungjawabkan.

Malangnya Mufti Pahang bukan sahaja tidak mahu bertanggungjawab malah lebih dari itu memperluaskan istilah kafir harbi bukan hanya kepada DAP tetapi kepada sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan hudud dan RUU Persendirian Marang termasuk UMNO dan Jamil Khir Baharom! Adakah Jamil Khir Baharom juga boleh diperangi nanti jika beliau tidak bersetuju dengan Marang??? Adakah Raja-Raja Melayu juga boleh digolongkan sebagai kafir harbi jika Majlis Raja-Raja menolak perlaksanaan hudud atau memperkenan pindaan Akta 355??

Mufti Pahang perlu bertanggungjawab!!

Sebagai penasihat agama Islam kawal la lidah. Jagalah integriti Islam supaya tidak dihina kerana kamu.

BERANI BERUBAH - TERUS BERUBAH

ZULHAZMI SHARIFF.
Ahli Biasa DAP
30 Jun 2016
25 Ramadhan 1437

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...