TERKINI :

Wednesday, June 15, 2016

Janji nak bina hospital Pendang sejak PRK 2002 pun tak tertunai lagi, dok janji nak bina di K.Kangsar pula..!!!

‘Mana janji bina Hospital Pendang’
Sinar Harian

ALOR SETAR - Kerajaan Persekutuan digesa mengotakan janji semasa PRK Pendang pada 2002 untuk membina sebuah hospital baru di daerah itu sebelum berjanji untuk meningkatkan kemudahan di Hospital Kuala Kangsar.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, janji itu masih belum direalisasikan hingga hari ini.

“Pas Kedah mengucapkan tahniah terhadap pengumuman Kerajaan Persekutuan yang menyediakan RM2 juta bagi meningkatkan kemudahan Hospital Kuala Kangsar - keprihatinan tinggi kerajaan BN terhadap kebajikan rakyat.

“Bagaimanapun, janji itu muncul secara tiba-tiba sewaktu tempoh berkempen PRK Kuala Kangsar mengingatkan rakyat Kedah terhadap janji BN yang dibuat pada PRK Pendang 2002 lalu,” katanya.

Menurutnya, pada PRK Pendang, BN berjanji untuk mewujudkan sebuah hospital di daerah itu dan perasmian tapak hospital dibuat di atas tanah  yang pernah dijanjikan untuk maksud yang sama beberapa tahun sebelumnya.

“Sultan Kedah (Yang di-Pertuan Agong) dalam perasmian Sidang Dun Kedah pernah menegur Kerajaan Persekutuan kerana melambat-lambatkan pembinaan Hospital Pendang yang dijanjikan itu. Tahun lalu, Perdana Menteri dalam ucapan Bajet 2016 menyenaraikan Hospital Daerah Pendang untuk pembinaan. 

“Malangnya hingga hari ini, perkara yang pernah dijanjikan oleh BN itu belum menjadi kenyataan. Maka ada baiknya rakyat, khususnya pengundi Kuala Kangsar berfikir panjang sebelum mempercayai akan janji politik BN yang sering dimungkiri,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...