TERKINI :

Thursday, June 2, 2016

Hubungan PAS-PKR ibarat retak menanti belah?

 PAS-PKR1
PENGKALAN CHEPA: Ketiadaan nama besar PKR pada Muktamar Tahunan PAS ke-62 menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.

Gambaran itu juga jelas menunjukkan hubungan parti Islam itu dengan sekutunya, PKR ibarat retak menanti belah selepas Pakatan Rakyat terkubur.

PKR bagaimanapun menghantar satu-satunya wakil rakyat mereka di Kelantan, iaitu ADUN Guchil, Mohamad Roslan Puteh untuk menghadiri majlis perasmian Muktamar PAS hari ini.

Ketiadaan pemimpin PKR itu juga berkemungkinan mereka tidak mahu mengeruhkan hubungan kedua-dua pihak sekaligus ingin menjaga hati sekutunya dalam Pakatan Harapan.

Malah, tidak dapat dinafikan kegagalan mengadakan rundingan berhubung peletakan calon di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar menguatkan lagi dakwaan ketiadaan pemimpin PKR pada muktamar kali ini.

Semalam, Dewan Muslimat PAS meluluskan usul mendesak pucuk pimpinan parti mengkaji semula hubungan tahaluf siyasi bersama PKR terutamanya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Hadi pernah dilaporkan sebagai berkata, hubungan PAS dengan PKR masih baik dan berjalan seperti biasa walaupun wujud beberapa kemelut antara kedua-dua parti itu sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, parti Islam itu tidak keseorangan pada muktamar kali ini apabila Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang mewakili Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) hadir pada perasmian Muktamar PAS tahun ini.

Malah, kehadiran IKATAN itu adalah penampilan sulungnya selepas bergabung dengan parti Islam itu menerusi pembentukan blok pembangkang kedua pada 16 Mac lalu.

Perasmian Muktamar PAS pada pagi tadi dimeriahkan dengan upacara memotong pulut berlambangkan bendera PAS seberat 250 kg di mana gimik tersebut juga sebagai sambungan daripada kelainan yang dibawakan Dewan Pemudanya apabila tampil dengan busana tradisional pahlawan pada majlis perasmian sayap itu kelmarin.

Perbahasan petang ini dimulakan dengan lafaz ikrar Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), sekaligus menggambarkan parti Islam itu masih mesra dengan golongan bukan Islam.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...