TERKINI :

Sunday, June 5, 2016

Hari pertama berkempen Hj Hadi sudah fitnah Amanah

PAS Kuat Untuk Lawan BN, Bukan PAN

 Ditulis oleh IZWAN ABDUL HALIM | izwan@harakah.net.my 

KUALA KANGSAR: Tindakan PAN turut bertanding pada PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar sebenarnya memudahkan jalan kepada BN untuk memecah undi.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAN disokong DAP yang mempunyai agenda sendiri.

"Mereka yang sebenarnya beri jalan pada BN. Sebab yang boleh lawan BN ialah PAS, bukan PAN. Jadi mengapa DAP sokong PAN? Kerana DAP ada agenda di belakang PAN.

"Antaranya menghalang perjuangan PAS untuk mengangkat Islam sepertimana RUU Mahkamah Syariah di Parlimen baru-baru ini," ujarnya pada penamaan calon P.067 di Pejabat Tanah Daerah, di sini hari ini.

Beliau menafikan tuduhan kononnya PAS ada berunding dengan BN dan PH dalam menghadapi pilihan raya ini, selain menegaskan hak bertanding kerana kerusi tradisi PAS.

Nampaknya Presiden Pas telah cuba memfitnah Amanah mengatakan AMANAH cuba menghalang perjuangan PAS mengangkat Islam...

Sedangkan jelas AMANAH sudah menjelaskan mereka sokong untuk memperkasakan mahkamah syariah.

USAHA MEMERTABATKAN MAHKAMAH SYARIAH HARUS DISOKONG

www.amanah.org.my

1. Biro Undang-Undang (KANUN) Parti Amanah Negara (AMANAH) menyambut baik pembentangan usul persendirian Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan) 2016 oleh Ahli Parlimen Marang,  Yang Berhormat Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 26 Mei 2016 yang lalu.

2. KANUN melihat usul persendirian tersebut merupakan usul yang baik dalam usaha untuk mengangkat dan menambahbaik martabat serta kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia terutama sekali daripada sudut bidangkuasa hukuman.

3. Usul pindaan yang difahami untuk dicadangkan adalah untuk meningkatkan tahap hukuman bagi kesalahan jenayah daripada sekadar penjara tidak lebih 3 tahun,  denda tidak melebihi RM5 ribu dan sebatan tidak lebih daripada 6 kali.

4. Walaubagaimanapun,  KANUN mendapati bahawa langkah membentangkan usul persendirian tersebut bukan sahaja telah mengundang pelbagai reaksi pelbagai pihak malah juga telah mencetuskan polemik baik di kalangan pemimpin politik mahupun pengamal undang-undang.

5. KANUN menyedari bahawa reaksi dan polemik yang timbul tersebut  juga mempunyai asas yang perlu diteliti dan diperhalusi. Terdapat ahli parlimen pembangkang yang mempersoalkan kewajaran usul persendirian tersebut didahulukan berbanding usul-usul kerajaan yang lain serta tanpa perbahasan.

Ada pemimpin-pemimpin politik yang merasakan bahawa usul tersebut akan membuka laluan awal kepada pengenalan undang-undang Hudud PAS yang telah lama dipertikaikan. Seorang pengamal undang-undang kanan pula mempersoalkan matan deraf Rang Undang-Undang tersebut yang memungkinkan berlaku kekeliruan dan kecelaruan di masa hadapan.

Malah wujud juga persepsi di kalangan pemerhati politik yang mengatakan bahawa ianya merupakan "move" politik PAS dan UMNO-BN untuk menghadapi pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan berlangsung tidak lama lagi.

6. KANUN sendiri difahamkan bahawa cadangan usul tersebut juga tidak dibawa konsultasi dengan pemegang-pemegang taruh yang berkepentingan termasuk Majlis Raja-Raja sebelum dibentangkan sepertimana proses konsultasi ke bawah dan menyeluruh dilakukan bagi menambahbaik Akta Syarikat 1965 dan juga hak asasi manusia di Malaysia.

7. KANUN sekali lagi berpendirian bahawa dalam perihal usul persendirian terhadap penambahbaikan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 ('Akta 355') tersebut umumnya harus disokong, walaubagaimanapun, langkah tersebut juga harus dilaksanakan dalam cara, masa dan keadaan yang munasabah bagi mengelakkan tanggapan negatif yang tidak perlu terhadap Islam dan mengundang perpecahan di kalangan rakyat.
   
"Harapan Baru"

WAN ANWAR BIN WAN IBRAHIM
Timbalan Pengerusi
Biro Undang-Undang (KANUN)
Parti Amanah Negara

28 Mei 2016

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...