TERKINI :

Friday, June 3, 2016

Hadi sound Ulama Selangor supaya jangan ragui Dr Abdul Rani sebagai calon prk

Jangan ragui Dr Abdul Rani sebagai calon Sg Besar, kata Hadi

Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak meragui calon pilihan mereka bagi pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar walaupun calon tersebut tidak dipersetujui 100 peratus.

Presiden PAS itu berkata, adalah mustahil untuk mana-mana parti politik dalam dunia ini yang dapat melantik seseorang calon yang 100 dipersetujui oleh semua pihak.

‎"Tidak mungkin dalam dunia nak lantik calon yang 100 peratus dipersetujui.

"Tak mungkin, kalau ada harum manis, ada harum masam. Kita harum masamlah," katanya secara berseloroh pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-62 di Kota Bharu hari ini.

Istilah harum manis merujuk kepada gelaran yang diberikan kepada ahli-ahli PAS yang cenderung kepada Amanah.

Terdahulu, parti Islam itu mengangkat Dr Abdul Rani‎ Osman yang juga Adun Meru sebagai calon di PRK Sungai Besar.

Bagaimanapun‎ perwakilan Dewan Ulama PAS Selangor, Nik Bakri Nekmat kelmarin mendesak supaya Ulama PAS Pusat campur tangan berhubung pelantikan calon tersebut yang disyaki mempunyai hubungan baik dengan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Sementara itu, ditanya mengenai wujudnya pertandingan tiga penjuru antara PAS, BN dan AMANAH di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, anggota parlimen Marang itu berkata, perkara itu bukan masalah bagi pihaknya.

Malah menurut beliau, kemungkinan berlaku pecahan undi ‎yang dilihat memberi kelebihan kepada BN hanya satu andaian.

‎"Pecah undi hanya satu andaian, ‎PAS pernah hadapi pilihan raya sampai 5 penjuru pun ada.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...