TERKINI :

Wednesday, June 8, 2016

Guan Eng umum projek pembesaran sekolah agama bernilai RM15 juta

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan rancangan pembesaran Pusat Pendidikan Al- Itqan di Teluk Kumbar bernilai RM15 juta.

Lim berkata, projek yang melibatkan para pelajar sekolah rendah dan menengah itu adalah langkah yang tepat pada masanya, sejajar bulan suci Ramadhan.

Projek ini akan dijalankan menerusi kerjasama antara firma pemaju, Ideal Property Group dan kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Kerajaan negeri akan membiayai projek itu dengan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi membina bangunan baru yang akan menempatkan 20 bilik darjah, sebuah surau, bilik komputer dan rumah pelbagai guna," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP.

"Oleh kerana kita telah mendapat pemaju untuk membina bilik darjah tambahan, sekolah tidak perlu lagi mencari arkitek, kontraktor atau memohon kepada majlis tempatan untuk kebenaran merancang," jelas Lim semasa sidang akhbar di Komtar, hari ini.

Pembesaran itu dijalankan di tanah seluas 2.98 ekar dengan empat blok bangunan akan dibina untuk menempatkan kira-kira 1,000 hingga 1,200 pelajar menjelang 2018.

Buat masa sekarang, bahagian sekolah rendah yang mempunyai 250 pelajar beroperasi dalam ruang yang disewa manakala bahagian sekolah menengah dengan 70 pelajar pula beroperasi di premis lain yang terletak lebih kurang 300 meter jauhnya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...