TERKINI :

Friday, June 10, 2016

Di sebalik bayang menara RM687j, pendapatan peserta Felcra bawah RM1k sebulan


Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra Berhad) mensasarkan keuntungan yang besar daripada projek Menara Felcra RM687 juta.

Namun, tidak begitu pula dengan penduduk luar bandar yang menyertai program Felcra.

Aktivis dan ketua biro isu-isu tanah dan luar bandar AMANAH, Mazlan Aliman, berkata ini kerana ramai peserta Felcra memperolehi pendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan.

"Apabila Datuk Tajuddin Abdul Rahman menjadi Pengerusi Felcra (2008-2012), sasarannya ialah (untuk peserta) mendapat RM1,000 sebulan.

"Salah satu cara adalah melalui ternakan lembu, tetapi semuanya gagal.

"Dengan kejatuhan harga getah... ia jauh dari sasaran (RM1,000)," Mazlan kepada Malaysiakini.

Beliau membangkitkan perkara ini ketika mengulas mengenai projek Menara Felcra.

Malaysiakini melaporkan pada hari Selasa bahawa Felcra kini membiayai pembangunan bercampur RM687 juta, yang termasuk unit kediaman dan pusat membeli-belah, selepas kumpulan pemaju WZR didakwa gagal untuk mendapatkan pembiayaan.

Felcra pada asalnya sepatutnya mendapatkan percuma ibu pejabat baru sebagai pertukaran untuk membenarkan WZR membina projek itu di kawasan utama Felcra di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Mazlan berkata ia akan menjadi lebih murah jika Felcra hanya menaik taraf ibu pejabatnya yang sedia ada, dan sebaliknya memberi tumpuan kepada meningkatkan mata pencarian peserta.

Beliau juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat projek Menara Felcra untuk melihat sama ada WZR mempunyai sebarang kaitan dengan ahli politik dalam syarikat berkaitan kerajaan.

Sementara itu, Pengerusi Felcra Bung Mokhtar Radin mengakui bahawa ramai peserta memang berpendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan.

"(Tetapi ini adalah kerana) ramai ahli memiliki kurang daripada satu hektar tanah (untuk mereka bangunkan)," kata Bung.

Beliau menambah Felcra sedang bekerja keras untuk meningkatkan pendapatan peserta dengan mempelbagaikan jenis tanaman musim jangka pendek yang mereka boleh usahakan bagi memaksimumkan pendapatan.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...