TERKINI :

Thursday, June 16, 2016

‘Bantuan khas gula-gula PRK’ - Persatuan Tanam Semula Berkelompok

‘Bantuan khas gula-gula PRK’

PADANG TERAP - "Bantuan khas kejatuhan harga getah 2016 hanya gula-gula menjelang pada pilihan raya kecil sahaja," tegas Pengerusi Persatuan Tanam Semula Berkelompok Lubuk Merbau, Pedu, Mahmud Hassan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pengumuman bantuan khas kejatuhan harga getah 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dua hari lalu.

Menurutnya, bayaran secara 'one off' itu hanya dapat mengurangkan beban penoreh menjelang Aidilfitri sahaja.

Bagaimanapun katanya, bayaran itu bukanlah yang diperjuangkan oleh penoreh selama ini kerana pihaknya mengharapkan pihak kerajaan dapat menetapkan harga lantai getah sebanyak RM4.

“Saya merasa bantuan secara 'one off' itu merupakan gula-gula menjelang pada pilihan raya kecil (PRK) sahaja dan kerajaan perlu serius dalam membantu nasib hidup penoreh yang semakin tertekan dengan kenaikan barangan pada hari ini.

“Bantuan RM500 itu hanyalah memberi kelegaan dalam masa singkat dan selepas itu mereka akan berhadapan dengan masalah getah yang turun semula.

"Suara rakyat sudah lama dilaungkan dengan keperitan tetapi kerajaan masih membisu bagi menetapkan harga siling sehingga hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, seorang penoreh getah dari Naka, Hassan Awang, 65, berkata, pengumuman itu memberi keceriaan kepada penoreh sepertinya.

Menurutnya, sejak kejatuhan harga getah, ramai penoreh terpaksa berhijrah bagi mencari pekerjaan.

"Kami memang terbeban dengan keadaan ekonomi sekarang di mana semua barangan harian makin naik, tapi harga getah pula tidak stabil.

"Dengan pengumuman bantuan ini, dapat melegakan hati kami untuk membuat persiapan raya nanti," katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...