TERKINI :

Monday, June 20, 2016

BANDAR MALAYSIA - Rakyat Asing dapat insentif, Rakyat Malaysia dapat apa..???

Kenyataan Media.


BANDAR MALAYSIA:RAKYAT ASING DAPAT INSENTIF DARI KERAJAAN NAJIB,RAKYAT MALAYSIA DAPAT APA

1.Saya terkejut dengan pengumuman PM Najib yang kerajaan bersetuju memberi insentif kepada pemaju induk Bandar Malaysia IWH CREC Sdn Bhd dan anak -anak syarikatnya berkaitan pembangunan projek Bandar Malaysia.

2.Umum mengetahui projek Bandar Malaysia terletak dikawasan segi tiga emas Kuala Lumpur bukannya di Carok Bemban Baling atau di Lana Bulu Jerlun Kedah. Projek pembangunan Bandar Malaysia adalah projek komersil dimana pembelinya adalah orang orang kaya dan rakyat asing.

3.Najib memberikan pengecualian cukai selama 10 tahun,pengecualian duti setem,Cukai keuntungan hartanah dan cukai Pegangan selama 8 tahun.Pengecualian duti import keatas bahan binaan terpilih yang tidak dikeluarkan di Malaysia. Ini bermakna Negara kehilangan pendapatan yang cukup besar kerana disedekahkan kepada syarikat pemaju,orang kaya dan rakyat asing.

4.Bukan itu saja yang diberikan tetapi Najib juga dalam pertimbangannya untuk berikan peruntukan bangunan industri,meningkatkan peruntukan modal,pengurangan pembayaran sewa,pengecualian duti setem untuk insentif prapakej kepada pelabur dan operator pelancongan yang lain.

5.Sedangkan rakyat Malaysia yang tidak wajib tunai zakat kerana kemiskinan dipaksa bayar GST. Pemaju Bandar Malaysia dan rakyat asing dapat berbagai insentif yang bernilai tinggi tetapi rakyat miskin dapat apa insentif untuk beli rumah.

KONSEP BARU TRANFORMASI NAJIB

6.Persoalannya apakah projek pembangunan hartanah untuk kepentingan orang kaya dan rakyat asing di Lembah Kelang memerlukan insentif.Saya hairan mengapa projek dikawasan segi tiga emas iaitu kawasan paling laku perlu diberikan insentif.Sepatutnya diberi insentif yang lebih besar untuk projek perumahan rakyat diluar bandar seperti di Sabah,Sarawak dan Kelantan.

7.Bakal pembeli hartanah diBandar Malaysia yang akan memperolehi insentif besar ini ialah orang kaya dan rakyat asing.Ini menunjukan konsep baru tranformasi Najib ialah kera dihutan disusukan anak sendiri di cekik dan dicukaikan.

8.Kepada pengundi PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar wajar mengajar Najib dengan menolak dan mengalahkan calon Najib BN yang bakal menyokong apa saja yang merugikan negara dan membebankan rakyat. Selamat mengundi.

‪#‎UndurNajib‬
‪#‎TolakCalonNajib‬
‪#‎SelamatkanMalaysia‬.

DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
17 Jun 2016/12 Ramadhan 1437H
5pm Taman Al-Walid Alor Setar Kedah.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...