TERKINI :

Sunday, June 12, 2016

Amanah tubuh Sekretariat Mahasiswa Pakatan Harapan

Amanah tubuh Sekretariat Mahasiswa Pakatan Harapan
SUNGAI BESAR - Mahasiswa Amanah Nasional, Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) dan DAP Varsity hari ini mengumumkan penubuhan Sekretariat Mahasiswa Pakatan Harapan selari dengan kesatuan yang ditunjukkan parti-parti induk Pakatan Harapan.

Pengerusi Mahasiswa Amanah Nasional, Fadhli Umar berkata, dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil(PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, sekretariat berkenaan turut melancarkan Gerak Gempur Mahasiswa yang disertai mahasiswa di seluruh negara dan pelbagai bangsa.

"Program gerak gempur ini melibatkan aktiviti seperti culaan, meraih undi rumah ke rumah, pentas siswa dan lain-lain aktiviti," katanya ketika sidang media yang berlangsung di Pejabat Parti Amanah Negara(Amanah) Sungai Besar hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya bilangan ahli sekretariat berkenaan, Fadhli memaklumkan bahawa buat masa ini kira-kira lebih 100 mahasiswa telah menyertai gabungan ini.

Fadhli berkata, Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) berdasarkan kes mahkamah dalam isu Universiti Kebangsaan Malaysia 4 membenarkan mahasiswa untuk menyertai kempen pilihan raya bagi mana-mana parti politik.

"Kami dengan ini mengajak mana-mana mahasiswa yang berminat untuk bersama merasai bahang serta aktiviti sepanjang pilihan raya diadakan melalui program Gerak Gempur Mahasiswa ini," katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...