TERKINI :

Wednesday, June 15, 2016

Amanah dilihat berjiwa besar, netizen puji Dr Rani kerana tidak bermusuh

HAZRI NAWAR

Kehadiran calon Pas Dr Abdul Rani Othman ke majlis berbuka puasa anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) bersama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali semalam menjadi perbualan hangat di media sosial khususnya facebook.

Warga maya rata-ratanya memuji tindakan Abdul Rani yang disifatkan matang dan berjiwa besar, berbeza dengan sikap sesetengah pepimpin Pas lain yang melihat Amanah sebagai musuh mereka.

"Meskipun saya penyokong Amanah namun saya 'salute' dengan jiwa besar Dr Rani yang turut hadir dalam majlis ini," tulis pemilik akaun Mahani Othman Basir.

"Calon pas steady..snyum jee...haha..terbaiklah Dr (Rani)," tulis Hafiez Yahya.

"Alhamdulillah.. bagusnya calon pas.. sangat meraikan sahabat," tulis Ummu Aisy.

Di sebalik komen-komen positif itu, terselit juga komen-komen sinis yang melihat tindakan Abdul Rani itu mengesahkan dakwan banyak pihak bahawa beliau dari kumpulan harum manis.

Ada juga menyifatkan beliau tersepit dipilih sebagai calon Pas kerana mempunyai kawan yang ramai di kalangan pemimpin Amanah.

"Kesian Dr Rani..sebab percaturan Pas yang entah apa-apa dia jadi mangsa..tebal jer muka," kata Mohd Mazlan Mat Ani.

"Dr Rani tersepit sebenarnya...die antara Adun yg disebut-sebut sebelum ini untuk meninggalkan Pas..Pas dah tak ada calon lain yang paling sesuai untukk diletakkan di Sungai Besar..atas faktor pengundi Cina di Sungai Besar melebihi 30% Dr Rani lah yang paling sesuai dengan karektor profesionalnya dapat tambat hati orang Cina," tulis Rauna Diaz.

"Aku harap Dr Rani tarik diri sebagai calon & masuk Amanah... kita sama-sama doakan," komen Amaluddin Yusof.

Sementara itu, sikap penyokong Amanah menerima dan menyambut baik kehadiran Dr Rani juga turut dipuji netizen yang disifatkan berbeza dengan Pas.

Beberapa mereka membuat perbandingan dengan program ceramah Pas yang dilihat terus bersikap keras terhadap Amanah walaupun mendakwa mereka membawa politik matang.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...