TERKINI :

Thursday, June 16, 2016

Alahai.. Kata politik matang, Tapi kenapa mengarut memanjang..???

Shahbudin Husin,

Mungkin kerana sedang tertekan dengan penerimaan positif pengundi terhadap calon Amanah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar ketika ini, pemimpin Pas seperti hilang pertimbangan sebaik  membuka mulut mereka.

Di sebalik mengatakan parti itu ketika ini mengamalkan politik matang dan sejahtera, tiada dendam, ingin berbaik dengan semua dan macam-macam lagi kata-kata yang memikat kalbu, hakikatnya perbuatan yang ditunjukkan amat bertentangan sekali.

Sebelum ini Hadi Awang mengatakan berdosa dan celaka jika pengundi tidak tidak menyokong calon mereka, melabel Amanah sebagai alat DAP dan kemudian ada peguam Pas, oleh kerana ketiadaan isu, turut membangkitkan isu remeh berkaitan warna sebenar logo parti itu.

Terbaru ini, Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah menempelak logo dan warna jingga  yang menjadi imej Amanah dengan mengatakannya sebagai  parti yang nanar atau bengong kerana tidak pandai memilih logo sehingga menyerupai lambang stesen televisyen India, Imayam TB serta memilih warna yang sama dengan tok sami.

"Bukti nanar ini nak pilih warna pun tak pandai. Sebanyak-banyak warna dalam dunia ini yang Tuhan buat, dia pilih warna yang serupa dengan tok sami.

"Lambang pula lambang Imayam TV. Di situ nampak dah tak pandai memilih. Jadi kalau macam ni nak jadi pemimpin macam mana?" katanya ketika berucap di Kuala Kangsar.

Alahai...kesian sungguh dengan pimpinan Pas ini? Sudah kering isu sangatkah? 

Inikah tanda politik matang dan sejahtera, tiada dendam serta ingin berbaik dengan semua?

Kepada pimpinan Pas, sebelum mahu menyebut politik matang, sejahtera, tiada dendam dan sebagainya kepada khalayak umum, eloklah belajar dulu mengawal emosi, cool, tidak banyak mengarut dan sentiasa rasional dalam perbuatan atau pengucapan.

Jika tidak, malu kat budak-budak sekolah dengan serban dan jubah tu wehh...(SH 15/06/2016).

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...