TERKINI :

Monday, June 13, 2016

Aduan Peguam PAS dalam isu Logo dan Bendera Amanah ditolak SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

KENYATAAN MEDIA
Bil.23/2016

*PEMASANGAN BENDERA PARTI YANG BERBEZA WARNA DENGAN LOGO PARTI BUKAN SATU KESALAHAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG PILIHAN RAYA.*

Berhubung aduan yang telah dibuat oleh parti PAS kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya P.067 Kuala Kangsar terhadap parti Amanah yang di dakwa memasang bendera yang berbeza warna dengan logo rasmi yang telah  didaftarkan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR ingin menjelaskan bahawa ia bukanlah satu kesalahan di bawah Undang-Undang Pilihan Raya.

Setiap parti yang telah mengemukakan simbol parti termasuk bentuk dan warna kepada SPR untuk kelulusan bagi penggunaan dalam pilihan raya. Parti yang memohon juga telah  menghantar dua (2) versi warna, satu yang berwarna dan  satu lagi dalam hitam putih.

Versi ini juga telah diluluskan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan menjadi rujukan SPR sebelum diluluskan.  Ini adalah selaras dengan *Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Penjalanan Pilihan Raya (PPPR) 1981.*

Harus diingat, bagi penggunaan  bendera sesuatu parti, tiada keperluan bagi kelulusan diperolehi  daripada SPR.

Bagi bendera sesebuah parti politik atau pertubuhan ianya telah diluluskan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan sekiranya ada kesalahan dan sebagainya berkaitan bendera parti yang diluluskan oleh ROS, ianya adalah tertakluk kepada *Seksyen 50 Akta Pertubuhan 1966* dan bukan di bawah undang-undang berkaitan  pilihan raya.

Oleh itu, tidak timbul isu penggunaan bendera yang berlaina warna dengan logo yang didaftarkan kerana apa yang dipaparkan dalam web adalah versi warna bagi simbol parti secara am sahaja dan bukan simbol parti dan bentuk penggunaannya termasuklah pada bendera Amanah .

Dalam pada itu harus diingat juga, penggunaan bagi kertas undi juga  tiada cetakan warna yang digunapakai bagi simbol parti seperti dalam web SPR. Ianya hanya mengguna warna hitam dan putih sahaja.

Pihak SPR berkuasa untuk memantau atas penyalahgunaan  simbol parti secara  sendiri dan bukan ke atas penyalahgunaan  bendera parti kerana bidangkuasa yang berbeza antara simbol dan bendera parti.

Keadaan ini adalah berlainan dengan calon Bebas yang tiada simbol parti, maka penggunaan simbol  yang telah diberikan semasa hari cabutan kedudukan dalam kertas  undi hendaklah dipatuhi sepenuhnya kerana ia adalah simbol yang telah diluluskan oleh SPR di bawah PPPR 1981 dan tidak boleh dipinda. Ia mestilah sama dengan simbol yang telah diperuntukan. Sekiranya tidak mematuhinya, tindakan akan diambil bagi  pematuhannya.

SPR berharap semua pihak jelas dengan kenyataan mengenai perkara ini.

Sekian, terima kasih.

*DATUK SERI MOHD HASHIM BIN ABDULLAH*
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

KUALA KANGSAR
Tarikh: 13 Jun 2016

Dikeluarkan oleh;
Mohd Sabri Abdullah
PRO SPR

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...