TERKINI :

Monday, June 13, 2016

Abby Abadi berkempen bagi calon Amanah

Dari segi agama kebijaksanaannya Insya Allah rakyat akan terbela kata Abby. Rakaman video berdurasi 18 saat yang sedang viral di media sosial menyaksikan artis yang sinonim dengan Pas, Abby Abadi berkempen bagi calon Amanah.

Bertudung merah jambu dan berkaca mata hitam, Abby dilihat sedang ditemubual di kawasan parkir kenderaan tidak jauh dengan rumah kayu yang dipenuhi bendera Amanah.

"Apa yang rakyat perlukan... dari segi agama, kebijaksanaannya InsyaAllah rakyat akan terbela...," ujarnya dengan dilatari ucapan pemimpin Pakatan Harapan pada masa sama.

Beliau dipercayai merujuk kepada calon Amanah bagi Parlimen Kuala Kangsar, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang menyaksikan pertandingan empat penjuru itu.

Pemilik nama Arbaiyah Abd Manan, 39, itu mulanya dikenali sebagai anggota penyanyi kumpulan Elite lewat 1990-an sebelum terjun ke bidang lakonan.

Abby yang kemudiannya sinonim dengan watak Inspektor Aleeza dalam drama dan filem kepolisan, Gerak Khas sejak 1999 menjadi ahli Pas pada 2012 apabila membuat keputusan untuk bertudung.

Pada 2015, Abby mendirikan rumah tangga buat kali ketiga dengan Muhammad Faizal Zakaria yang merupakan wartawan portal rasmi Pas, Harakahdaily.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...