TERKINI :

Tuesday, May 3, 2016

Waduhh....ingatkan di zaman moden ini tiada lagi stail politik ugut dan gertak seperti ini?

STAIL MACAM NI PUN ADA LAGI RUPANYA!!

Setelah mengumumkan peruntukan RM250 ribu kepada Pasukan Gerakan Am atau PGA di Kuching semalam, sehari sebelum mereka membuang undi, Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi berkata beliau juga sedia mempertimbangkan permintaan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar untuk menaikkan elaun anggota pasukan tersebut.

Namun, kata Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, beliau mahu "melihat" siapa yang akan mereka undi terlebih dahulu.

"Tuan-tuan dan puan-puan, buktikanlah kepada saya. Saya cakap, saya akan buat.

"Tetapi saya nak tengok dulu, (anda) pangkah siapa?" katanya lagi.

Waduhh....ingatkan di zaman moden ini tiada lagi stail politik ugut dan gertak seperti ini?

Ingatkan juga, hanya ahli politik "cikai" atas "kelas kampungan" saja yang melakukan perbuatan seperti itu, rupa-punya orang nombor kedua dalam kerajaan yang ada pendidikan asas agama sejak kecil pun tidak terkecuali dengannya.
Perbuatan ini bukan saja memalukan Zahid dengan latar belakang agamanya itu, malah jelas merendah-rendahkan kedudukan anggota PGA keseluruhannya yang seolah-olah dipaksa dengan gertakan "you help me, i help you." 

Apakah jika undi pasukan PGA tidak memihak kepada BN, janji kenaikan elaun itu akan diabaikan begitu saja?

Kalau kakitangan kerajaan pun oleh diugut dan digertak sedemikian rupa,  orang kampung, penduduk miskin, penghuni rumah panjang dan mereka yang tidak berdaya pastilah lebih "dipermain-mainkan" lagi oleh sang penguasa semata-mata untuk kepentingan undi. (SH 03/05/2016).

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...