TERKINI :

Sunday, May 29, 2016

[VIDEO] UMNO Cadang, PAS Bentang, Yang Jahatnya DAP & AMANAH (?)

 https://2.bp.blogspot.com/-rF7lhod29eM/V0q03Y_-Y7I/AAAAAAAB85E/oz6Q74oJJEg1QGYqNWz9FZZcEysgBZV-gCLcB/s1600/az.jpg
"UMNO yang cadang, UMNO yang sokong, PAS yang bentang, PAS yang tangguh, yang jahatnya AMANAH dan DAP," demikian disuarakan oleh Pengerusi Parti AMANAH Negara Negeri Melaka, Sdra Hj Adly Zahari merujuk kepada pembentangan usul rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat selepas mendapat ruang melalui cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Usul itu kemudian disokong Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Rashid Shirlin tetapi kemudiannya dimohon penangguhan oleh Presiden PAS tanpa sebarang alasan.

Adly menyatakan bahawa kini ramai tokoh-tokoh agama yang turut mempersoalkan langkah PAS itu, yang mana sepatutnya langkah itu (pindaan RUU EKJS) baik, ia menyatukan, mendamaikan dan memperkukuhkan Islam itu sendiri.

Adly juga menyatakan kita kena beri sumbangan ke PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar supaya kita dapat meraih sokongan daripada rakyat dan seterusnya dapat merealisasikan keinginan untuk melihat perubahan (perintahan dan kehidupan) di dalam negara ini.

Beliau bercakap demikian di Majlis Pelancaran Pilihanraya AMANAH Melaka ke PRK Sungai Besar di Sungai Rambai malam tadi yang turut disertai oleh Pengerusi Biro Tanah dan Luarbandar Parti Amanah Negara, Tn Hj Mazlan Aliman dan Pengerusi AMANAH Negeri Sarawak, Sdra Hud Andre Zulkarnaen.

AMANAH Melaka diputuskan akan membantu berkempen untuk calon AMANAH di PRK Sungai Besar.


Turut hadir pada majlis pelancaran malam tadi ialah Sdra Onn Jaafar, Pengarah Komunikasi AMANAH Johor, pimpinan AMANAH Melaka dan Ketua-ketua AMANAH kawasan-kawasan negeri Melaka.

Mazlan di dalam ucapannya menyeru agar petugas-petugas AMANAH yang akan bertugas membantu calon AMANAH di PRK Sungai Besar supaya bersiap sedia dengan kesabaran dan kebijaksanaan yang tinggi di dalam menghadapi ujian getir terutama apabila PRK ini berlansung pada bulan Ramadhan.

Menyentuh tentang peneylewengan yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Najib, beliau menyuarakan keyakinannya bahawa kebenaran akan terserlah juga akhirnya. Konspirasi terbesar 1MDB akan terbongkar satu masa nanti. -GB


Ramai ahli Umno sertai Amanah selepas Deklarasi Rakyat, kata Mazlan Aliman

Bekas AJK Pas Pusat, Mazlan Aliman mendakwa, penyertaan ke dalam Parti Amanah Negara (Amanah) kini berbondong-bondong terutama dari kalangan ahli Umno selepas Deklarasi Rakyat.

Mazlan berkata, kewujudan Amanah terutama di Semenanjung semakin dirasai sehingga tidak hairanlah dianggap menjadi ancaman kepada Pas selain Umno-BN.

“Saya bangga bendera Amanah sudah terpacak di tepi jalan. Malah, ketika saya singgah berhenti minum, ada yang menyapa dan bertanyakan saya kenapa tinggalkan Pas selain ada juga bertanyakan borang (keahlian) Amanah.

“Sebabnya, Amanah sebagai parti Islam yang progresif tampil dengan pendekatan peduli rakyat. Bahkan ramai aktivis masuk Amanah dan jadi pendukung utama.

"Saya juga difahamkan berbondong-bondong ahli Umno masuk Amanah selepas pelancaran Deklarasi Rakyat,” ujarnya yang juga Pengerusi Biro Tanah dan Luar Bandar Amanah.

Berucap ketika melancarkan jentera pilihan raya Amanah Melaka bagi membantu kempen di PRK Sungai Besar malam tadi, beliau berkata, Amanah sebagai parti baharu yang berusia lapan bulan itu bukan sahaja menentang BN.

“Saya bimbang kita bukan lawan dengan BN sahaja tapi sekarang yang kita juga hadapi adalah kawan-kawan kita dari parti sejarah,” jelasnya merujuk kepada Pas.

Menurutnya, pelbagai tohmahan daripada pihak Pas ke atas Amanah tidak harus melunturkan semangat ahli dan penyokong parti itu yang juga merupakan rakan penting dalam Pakatan Harapan.

“Dahulu, sama berusrah, tidur sebantal tapi sekarang apa yang tidak mereka maki kepada kita? Adakah kita akan berputus asa atau kecewa dalam perjuangan, mundur ke belakang? Walaupun mereka (Pas) kata kita macam-macam tapi ingatlah penubuhan Amanah adalah atas nama perjuangan Islam dan rakyat.

“Penyertaan Amanah dalam pilihan raya adalah langkah untuk kita meneruskan perjuangan dengan pendekatan lebih berkesan,” tegasnya di hadapan kira-kira 300 pimpinan dan ahli Amanah Melaka serta masyarakat setempat di Sungai Rambai, Jasin.

Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, 18 Jun depan sekali lagi menguji Amanah dalam proses demokrasi di negara ini, ujar Mazlan.

Ahli Jawatankuasa Amanah itu berkata, semua jentera pilihan raya parti perlu bersedia dengan cabaran getir sepanjang tempoh berlangsungnya kedua-dua PRK pada bulan Ramadan berkenaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, 7 Mei lalu.

Sementara itu, Pengerusi Amanah Melaka, Adly Zahari memberitahu sebanyak enam kawasan Parlimen di negeri itu terlibat bagi membantu kempen calon di Sungai Besar.

“Lebih kurang 200 petugas dari Melaka akan terlibat termasuk yang mendaftar sebagai sukarelawan. Mereka akan ditempatkan di bilik gerakan dan pusat mengundi di sana (Sungai Besar),” ujarnya ketika ditemui selepas majlis pelancaran itu. -MD


No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...