TERKINI :

Thursday, May 12, 2016

Sedarlah wahai AMANAH, HADI pernah kata.. "Tiada kerjasama dengan Pengkhianat"

Amanah “pengkhianat”, PAS tak akan bekerjasama – Hadi
Posted: 11:41 am, September 18, 2015 by editor

KUALA LUMPUR, 18 Sept: PAS tidak akan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dengan menganggap ahli di dalam parti itu sebagai “pengkhianat”.

Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, PAS tidak akan sesekali tahaluf siasi dengan parti tersebut kerana baginya “pengkhianat” adalah lebih teruk daripada “lawan”.

“Kita boleh tahaluf dengan lawan, orang yang khianat dalam perjuangan tidak ada pilihan sama ada mereka balik ataupun dihapuskan. Ini dakwah cara perjuangan Islam.

“Orang yang ada rekod dengan pengkhianat perjuangan Islam tidak boleh sekali-kali,” katanya dalam sebuah video yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi PAS, semalam.

Tambahnya lagi, PAS cuma akan tahaluf dengan lawan ataupun bukan daripada asal parti itu.

“Dengan pengkhianat ini tak ada tahaluf. Yang tahaluf ini cuma yang lawan ataupun yang bukan dari asal kita.

“Jika daripada asal kita dia menyeleweng, sama ada dengan kita, dia bertaubat ataupun dia lari daripada kita. Itu sahaja pilihan antara dua itu sahaja,” tegas Hadi yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang.

Beliau berkata demikian dalam sebuah video semasa sesi soal jawab antara Hadi dan peserta program Mukhayyam Tarbawi PAS kawasan Machang di Rusila, Terengganu pada 3 September lalu.

Ucapan daripada Hadi ini juga seolah-olah ingin menegaskan bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan Amanah dan DAP dalam membentuk Pakatan Rakyat 2.0 meskipun PKR menegaskan mereka masih mahukan PAS dalam pakatan pembangkangbaru itu.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...