TERKINI :

Thursday, May 26, 2016

Reality yang masih ada.. ada yang makan nasi dengan garam.. ada yang tidur sekeluarga dalam stor..!!!

Sekeluarga tinggal dalam stor

BALING - Seorang ibu kepada tiga anak yang tinggal di sebuah stor barangan berharap permohonan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dibuat sebelum ini dapat dipercepatkan demi keselesaannya dan anak-anak.

Junaidah Alias, 29, dari Kampung Lanai berkata, ketika ini dia hanya mampu tinggal di stor barangan itu dengan bayaran sewa RM80 hampir dua tahun lalu kerana tidak mampu menyewa rumah lain.

Menurutnya, dia bagaimanapun bimbang dengan keselamatan diri dan anak-anak memandangkan keadaan stor yang tidak selamat.

“Kami terdedah dengan risiko kecurian, takut juga orang masuk tempat tinggal kami,.

"Malah saya juga diberitahu oleh pemilik yang stor ini perlu dikosongkan” katanya di sini, semalam.

Junaidah yang juga bergantung kepada upah menoreh getah dan kedai runcit dengan pendapatan RM500 sebulan juga menanggung kesemua anak yang masih bersekolah.

“Dengan pendapatan itu saya menyara tanggungan sekolah anak-anak dan makan minum sekeluarga,

"Dalam masa sama saya juga ada mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Puteri Umno Cawangan Lanai, Maryani Zakaria, 34, berkata, ibu kepada tiga anak itu perlu dibantu memandangkan kesempitan hidup dialaminya.

Menurutnya, pihaknya berharap Ahli Parlimen Baling mempercepatkan proses permohonan PPRT agar tiga beranak itu dapat mendiami kehidupan lebih selesa.

“Kehidupan mereka sekeluarga ibarat tinggal di sebuah pondok, keluarga ini memang memerlukan bantuan rumah ,”katanya.

Bagi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lanai, Ahmad Omar, 49, berkata, masalah dihadapi Junaidah sentiasa dibangkitkan dalam mesyuarat bulanan JKKK.

“Tiap-tiap bulan masalah ini dibangkitkan, jadi saya harap pihak yang berkenaan dapat mempercepatkan proses permohonan,” katanya.

Bagi pihak yang mahu memberikan sumbangan boleh salurkan di Bank Rakyat 22-004-154148-5 atas nama Junaidah Alias atau hubunginya di talian 012-5627195.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...