TERKINI :

Thursday, May 19, 2016

Rakyat bertanggungjawab bayar hutang 1MDB, bukan Najib: Muhyiddin

Oleh Athirah Huda Zalhe

MUHYIDDIN 1
BANGI, Selasa – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat supaya berhenti menganggap syarikat sarat hutang milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai masalah yang tidak berkaitan dengan mereka.

Sebaliknya tegas beliau, rakyat adalah pihak yang bertanggungjawab dalam menanggung beban hutang yang terdapat dalam syarikat tersebut.

“Saya dah pergi banyak tempat, dan ramai yang kata Tan Sri jangan ceritalah pasal 1MDB tak habis-habis. Apa kena mengena dengan saya?

“Dia tak faham? 1MDB banyak kaitan dengan kamu. Sebab kamu bertanggungjawab untuk membayar hutangnya. Siapa yang akan bayar the all those liabilities? Kerajaan.

“Kerajaan siapa? Kerajaan kamu. Duit siapa? Duit kamu! Bukan Najib yang nak bayar tetapi rakyat yang kena tanggung hutang berpuluh-puluh bilion hutang tidak berbayar. RM50 bilion rakyat kena bayar,” katanya ketika berucap pada program Bicara Tokoh di Batu Pahat, semalam

Beliau yang lantang mengkritik salah laku dalam 1MDB berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu ucapannya sebelum ini pernah memberi jaminan kepada rakyat untuk menyemak semula akaun syarikat itu secara telus dengan melantik Ketua Audit Negara dan mendedahkan laporan auditnya kepada rakyat.

“Tetapi bila laporan dah siap, bentang pada Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC), laporan tersebut tidak boleh didedahkan kepada umum dan disimpan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

“Sepatutnya laporan audit kitan boleh baca, tetapi 1MDB jadi rahsia pula, tak boleh baca. Kalau keluar kenyataan kena tangkap. Kalau tak salah, kenapa nak larang orang baca dan tahu mengenai syarikat itu,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...