TERKINI :

Monday, May 9, 2016

PRN Sarawak, mengajar seribu satu pelajaran

Keputusan undi popular PRN Sarawak
Pilihan raya Negeri Sarawak mengajar seribu satu pelajaran kepada petugas dan aktivis parti yang telah mencurah segala kudrat, masa dan wang ringgit di sana.

Bagi saya, segala faktor luaran yang membawa kepada kemenangan besar Barisan Nasional di Sarawak adalah minimal baik daripada faktor #TeamAdenan hinggalah kepada pertindihan kerusi pembangkang.

Faktor yang kritikal dalam mengekalkan hegemoni Barisan Nasional di Sarawak sebenarnya ialah kemiskinan dan kemelaratan rakyat.

Apabila rakyat Sarawak memilih Barisan Nasional, ia bukanlah disebabkan keberjayaan mereka dalam polisi dan dasarnya, bukan juga kerana faktor Adenan Satem tetapi adalah kerana kebergantungan kepada wang poket yang mereka akan perolehi sewaktu mengundi nanti.

Adakah ini salah rakyat Sarawak?

Tidak!

Mentaliti seperti ini bukan mentaliti khusus rakyat Sarawak tetapi ini ialah mentaliti yang dimiliki oleh mana-mana masyarakat pun yang hidup dalam kemalaratan dan kemiskinan.

Akses maklumat yang terbatas, tahap pendidikan yang rendah, pendapatan hidup yang sedikit semua ini adalah resipi untuk mencabut keyakinan dalam diri manusia dan menanam sifat kebergantungan kepada yang berkuasa.

Strategi hodoh inilah yang telah mengekalkan Borneo sebagai fixed deposit Barisan Nasional zaman-berzaman.

Tetapi percayalah kondisi ini akan didobrak oleh masa yang bergerak pantas serta dunia yang semakin luas dan tidak bersempadan. Rakyat Sarawak pasti akan mendapat kemerdekaannya bila tiba masanya nanti.

Kemerdekaan minda, kemerdekaan warganegara dan kemerdekaan daripada terus ditindas Barisan Nasional.

Azan Safar adalah Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...