TERKINI :

Saturday, May 21, 2016

PRK Sungai Besar: Hajat Azmin nak ganti Anwar jadi hero akhirnya kantoi


FreeMalaysiaToday dalam laporan bertajuk "Azmin memang ugut pecat EXCO PAS – Ulama" melaporkan:
Tiga EXCO PAS di Selangor memang diberi kata dua oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya meletak jawatan sekiranya parti Islam itu berkeras mahu bertanding PRK Parlimen Sungai Besar.

Pendedahan itu dibuat Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berdasarkan maklumat yang diterima pihak partinya.

Malah, menurut Khairuddin, penafian yang dibuat Azmin kepada pihak media juga tidak benar.

“Azmin ‘terkantoi’ berbohong kepada wartawan, kononnya tidak pernah arahkan EXCO PAS (Selangor) letak jawatan sedangkan memang ‘confirm’ dia (Azmin) arahkan EXCO PAS meletakkan jawatan jika PAS terus bertanding di Sungai Besar,” katanya kepada FMT. - FMT.
Semalam Astro Awani dalam berita bertajuk "Azmin nafi keluarkan kata dua kepada Exco PAS" melaporkan:
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali nafi mengeluarkan kata dua kepada Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) daripada PAS sama ada mereka meletak jawatan atau parti mereka tidak bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar bulan depan. - AstroAwani.
Malaysiakini pula dalam berita bertajuk "PAS S'gor sangkal spekulasi 'kata dua berhenti'" melaporkan:
PAS Selangor hari ini menyangkal spekulasi berhubung dakwaan 'kata dua' dari Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali supaya tiga exco kerajaan negeri daripada parti itu meletak jawatan jika PAS bertegas mahu calonnya bertanding dalam pilihan raya (PRK) Sungai Besar.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata kandungan pertemuan mereka dengan Azmin pada hari Rabu adalah "tidak penting".

"Yang penting adalah pengumuman beliau (Azmin) bahawa PAS kekal bersama pentadbiran kerajaan negeri," kata Iskandar memetik penafian Azmin berhubung perkara itu. - Mkini.
Bunyi laporan AstroAwani tu nampak 'fishy' bila kita baca berita Malaysiakini. Pasai apa pulak boleh keluar perkataan 'tak penting' tu. Macam pepatah melayu kata "kalau taiada angin takkan pokok bergoyang'.

Laporan FreeMalaysiaToday tu akhirnya mengesahkan 'kata dua' Azmin tu. Takkan 'Dewan Ulama' PAS nak menipu.

Isu panas 'kata dua Azmin pecat Exco PAS' tu sebenarnya menunjukkan yang Azmin tak sedar diri. Niat dia dengan ketiadaan Anwar Ibrahim dia nak jadi 'hero' dikalangan pembangkang. Dia rasa dia cukup hebat boleh nak paksa kemahuan dia pada semua orang.
Dia dah terbukti gagal nak jadi hero di PRN Sarawak gagal termasuk bila dia sendiri tandatangan watikah calon PKR dikerusi yang Pakatan Harapan putuskan DAP bertanding tapi  DAP tegas tak bagi laluan menyebabkan pertandingan 1 lawan 1 PRN Sarawak gagal.
Dia juga dilihat gagal jadi hero bila Deklarasi Rakyat yang dia pulun sungguh-sungguh tiba-tiba dicantas oleh 'warkah Anwar dari penjara'.
Kali ni dia gagal untuk paksa PAS untuk bagi laluan kepada Pakatan Harapan bertanding di PRK Sungai Besar yang sebelum tu dia dah gagal pujuk Amanah serahkan kepada PKR untuk bertanding di kerusi tu.
Lebih parah lagi, dalam masa yang sama dia terbeban dengan pendedahan Rafizi berkenaan 'skandal habuan perempuan'.
 

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...