PUTRAJAYA: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor akan diadakan serentak pada 18 Jun ini, manakala hari penamaan calon adalah pada 5 Jun.
Perkara itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah di sini, sebentar tadi.
Kedua-dua PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu, Wan Mohammad Khair-il memenangi kerusi Parlimen Kuala Kangsar selepas menewaskan calon PAS dan Bebas, manakala Noriah memenangi kerusi Parlimen Sungai Besar selepas mengalahkan calon PAS.
No comments:
Post a Comment