TERKINI :

Wednesday, May 11, 2016

'Pelawaan PKR sertai kuasa ketiga bukan cadangan perdamaian PAS'

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkata pelawaan PAS kepada PKR untuk menyertai 'kuasa ketiga' bukan cadangan perdamaian.

Sebaliknya, Wan Azizah yang juga adalah presiden PKR berkata PAS bertindak balas berhubung saranan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya parti Islam itu kembali bersama DAP dan PKR sebagai satu pasukan bagi menghadapi menghadapi pilihan raya umum ke-14..

"Saya fikir ia adalah reaksi kepada pelawaan bukan pelawaan kami (PKR) kami, (ia) jemputan MB Selangor (Azmin).

"Saya tidak fikir itu cadangan perdamaian," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Antara pemimpin yang hadir pada sidang media itu adalah Naib Presiden PKR Tian Chua, Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong

Wan Azizah berkata demikian ketika diminta mengulas pelawaan Naib Presiden PAS, Datuk Nik Mohamad Amar Nik Abdullah supaya PKR bekerjasama dengan parti itu dan sekutu barunya, Parti Ikatan.

Berikutan kekalahan teruk Pakatan Harapan pada pilihan raya negeri Sarawak Sabtu lalu, Azmin berkata, semua parti pembangkang perlu bermuhasabah diri dan bergerak ke hadapan secara bersama.

Mengenai dua pilihan raya kecil di parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan datang, Wan Azizah berkata belum ada keputusan muktamad dibuat sama ada Pakatan Harapan akan meletakkan calon menentang BN.

"Kita mesti sedar bahawa padang perlawanan tidak sama rata antara kerajaan dan pembangkang (pada pilihan raya).

"Dalam konteks pilihan raya kecil, kita diambil yang kita berdepan dengan kekuatan jentera kerajaan," katanya.

Diasak lanjut mengenai calon potensi Pakatan Harapan, beliau berkata perkara pertama adalah perbincangan oleh setiap parti individu.

Pada masa yang sama, Wan Azizah berkata terdapat perbincangan tidak rasmi antara PKR dan PAS mengenai perkara itu atas dasar sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor.

"Kita boleh bincangkan ... Tidak ada masalah. Perbincangan sedang dijalankan.

"Sungai Besar di Selangor. Dalam kerajaan negeri Selangor, terdapat exco daripada PAS, PKR dan DAP," katanya.

PAS sebelum ini berkata ia hanya bersedia untuk berbincang dengan PKR mengenai kedua-dua kerusi pada pilihan raya kecil itu.

Setakat ini, PAS dan parti serpihannya, AMANAH menyatakan hasrat mereka untuk bertanding di dua kerusi yang kosong itu selepas penyandang yang - MP Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon dan MP Kuala Kangsar Datuk Wan Khai-ril Anuar Wan Ahmad - meninggal dunia baru-baru ini akibat nahas helikopter di Sarawak.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...