TERKINI :

Monday, May 9, 2016

Perkhidmatan KTMB kembali beroperasi seperti biasa

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad‎ (KTMB) kembali beroperasi seperti biasa sejak 10 malam tadi selepas insiden kemalangan membabitkan dua buah tren bergesel di Km322 di Kuala Kubu Baharu semalam.

Jurucakap KTMB berkata perkhidmatan KTM Komuter di laluan Rawang-Tanjung Malim dan perkhidmatan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) yang mengalami gangguan akibat insiden itu, kembali beroperasi seperti biasa.

"Orang awam boleh menaiki tren di semua laluan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Semalam, dua tren KTMB terbabit kemalangan selepas bergesel di Km322 di Kuala Kubu Baharu namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Kejadian pada pukul 1.48 tengah hari itu melibatkan tren Ekspres Rakyat (Butterworth-Johor Baharu) yang membawa 170 penumpang dan perkhidmatan ETS (Kuala Lumpur-Ipoh) dengan 340 penumpang menyebabkan beberapa perkhidmatan KTMB mengalami gangguan. Hanya tiga penumpang cedera ringan dalam kejadian itu.

Gerabak tren yang rosak akibat kemalangan itu (di lokasi kejadian) sedang dalam proses pengalihan dan baik pulih, kata jurucakap itu. - Bernama

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...