TERKINI :

Sunday, May 15, 2016

Pas rela kalah Kelantan, tidak akan runding dengan Amanah, kata Nik Amar


Pas rela kalah di negeri Kelantan tetapi tidak akan sekali-kali berpakat dengan Parti Amanah Negara (Amanah), tegas pemangku Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah.

"Kita rela kalah di Kelantan ini tetapi tidak sekali-kali berpakat dengan Pan (Amanah). Itu adalah pendirian kita," kata Nik Amar dalam satu taklimatnya kepada ahli dan pimpinan Pas negeri itu baru-baru ini.

Namun, kata Nik Amar, jika Pas kalah, Amanah adalah pihak yang bertanggungjawab dan akan memdapat balasan di akhirat kelak.

Bagi beliau, Amanah adalah pengkhianatnya jika berlaku tiga penjuru di Kelantan.

"Jika bertanding tiga penjuru, mereka inilah pengkhianatnya yang menolong Umno di Kelantan," kata beliau.

Menurut Nik Amar, orang-orang Umno sekarang ini tidak perlu berceramah kerana peranan itu telah dimainkan oleh Amanah.

Nik Amar mengulas cadangan Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang mengajak Pas berunding di negeri itu agar kerjasama boleh dibuat untuk mempastikan kerajaan negeri yang ada sekarang dipertahankan.

"Dia tekan kita supaya kita berkira dengan dia. Bila berkira dengan dia, kena beri bahagian mereka. Dia sebut, biar Pas ni bertanding Dun, Parlimen ini beri kepada mereka. Dia sebut gitu.

"Itulah cara dianya. Mereka ini kalau boleh beri satu kerusi tak pa, kalau kita bagi. Dia nak yang itu ja, itu cara dia main politik.

"Kita boleh baca semua langkah politik mereka, saya boleh ikut satu persatu, Sebab itu saya kerat awal-awal lagi," kata Nik Amar dalam taklimat itu.

Bagi Nik Amar, apa yang dilakukan oleh Amanah adalah merompak harta Pas.

"Dia mari rompak harta kita. Lepas kita tangkap, mereka kata bahagi dua ye. Adakah munasabah," kata Nik Amar lagi.

Nik Amar yakin, masa depan ada bersama Pas dan meminta ahli Pas yakin dengannya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...