TERKINI :

Thursday, May 5, 2016

Nazri biadap bila ajak Tun M bertumbuk, tak layak jadi menteri – Ahli Umno Mohd Ridzuan

nazri-mahathir
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak digesa mengambil tindakan terhadap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mengeluarkan kenyataan biadap berhubung pemberhentian perkhidmatan pengiring bermotosikal polis untuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli UMNO Bahagian Rembau, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, kenyataan Nazri itu dilihat mampu merosakkan imej parti itu.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS) memberi peringatan kepada Nazri supaya menjaga adab orang Melayu, lebih-lebih lagi Nazri adalah seorang menteri dan pemimpin.

“Beliau kata ajak bertumbuk dengan Dr Mahathir umpamanya. Kalau nak bertumbuk, ajak bertumbuklah dengan orang Thailand yang belajar tomoi ini.

“Kalau kita tak suka dengan Dr Mahathir, sebagai seorang menteri bagi cadangan hentikan polis pengiring dah la. Kenapa nak cakap bahasa-bahasa yang kurang ajar. Macam ini ke cara pemimpin UMNO,” katanya kepada FMT hari ini.

Ahad lalu, Nazri dilaporkan sebagai berkata, tindakan menghentikan pengiring bermotosikal polis untuk Dr Mahathir adalah tepat dan sepatutnya telah lama dilakukan.

Menurutnya, dari segi logik kenapa perlu memberi keistimewaan kepada orang yang menentang kerajaan.

“Kalau beliau pilih untuk bertumbuk kita boleh bertumbuk, saya bersedia untuk bertumbuk dengan beliau bila-bila masa,” kata Nazri.

Baru-baru ini, sebuah portal berita melaporkan polis tidak lagi menyediakan perkhidmatan dua pengiring untuk Dr Mahathir berkuat kuasa 28 April lalu.

Mengulas lanjut, Mohd Ridzuan berkata, Nazri tidak layak menjadi Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

“Dia boleh tegur orang macam ini (Dr Mahathir), macam mana dengan rakyat? Rakyat lagi takut nak berurusan dengan dia. Kalau rakyat ada masalah, saya ingat rakyat takut nak berurusan dengan orang macam ini. Bersikap macam gengster,” tegasnya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...