TERKINI :

Thursday, May 5, 2016

‘Mukhriz, kita jumpa di mahkamah!’

‘Mukhriz, kita jumpa di mahkamah!’

SHAH ALAM – “Saya sedikit pun tidak terganggu dengan tindakan mahkamah yang diambil Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir terhadap saya. Kita jumpa di mahkamah,” demikian ujar Setiausaha Akhbar Perdana Menteri‎, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Menurutnya, beliau tidak pernah mengeluarkan tuduhan liar, sebaliknya kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau hanyalah berdasarkan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Mukhriz dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengetuai kempen menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ironiknya bila Mukhriz Mahathir memilih untuk menyaman saya sedangkan bapanya, Mahathir yang sentiasa mendakwa bahawa undang-undang itu digunakan untuk menutup mulut pengkritik Perdana Menteri.

"Saya percaya saya telah keluarkan kenyataan yang adil dan ia dibuat berdasarkan pemerhatian saya terhadap tindakan ketiga pemimpin itu. Saya percaya mereka berminat, bermotivasi dan inginkan kuasa,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mukhriz semalam, menyangkal dakwaan Tengku Sariffuddin terhadap‎ beliau, Mahathir dan Muhyiddin bahawa mereka merancang konspirasi menjatuhkan Najib untuk menaikkan Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Mukhriz juga mengesahkan telah menyaman dan membuat tuntutan ganti rugi terhadap Tengku Sariffuddin atas beberapa kenyataan yang disifatkan sebagai fitnah.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...