TERKINI :

Wednesday, May 11, 2016

MP Umno, ketua bahagian diarah bayar RM50,000 pada Mazlan Aliman

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Ahli Parlimen Umno Sekijang Anuar Abduul Manap dan Ketua Umno bahagiannya, Wan Zawawi Wan Zain membayar RM50,000 setiap seorang kepada Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman.

Ini berikutan hakim Datuk John Louis O Hara membenarkan rayuan Mazlan ke atas keputusan mahkamah majistret yang menolak tuntutan fitnah terhadap kedua-duanya.

Peguam Mazlan, Wan Rohimi Wan Daud memberitahu Malaysiakini bahawa Hakim O Hara memutuskan bahawa Mazlan tidak benar-benar mendedahkan maklumat penuh mengenai terma-terma penyelesaian di Facebook apabila kedua-duanya membuat permohonan maaf.

"Berikutan itu, mahkamah hari ini mengarahkan Anuar dan Wan Zawawi yang kedua-duanya sebelum ini ialah ahli Majlis Belia Felda membayar RM50,000 setiap seorang kepada Mazlan.

"Mahkamah juga memerintahkan mereka membayar jumlah kos sebanyak RM8,340 kepada Mazlan," kata Wan Rohimi.

Kedua-duanya didakwa memfitnah Mazlan dengan mendakwa beliau telah mengambil hasil yang dimenangi peneroka Felda Kemahang, Kelantan dalam satu saman yang difailkan mereka.

Kedua-duanya meminta maaf dan sebagai sebahagian daripada penyelesaian, mereka sepatutnya membayar sejumlah wang yang tidak dipertikaikan kepada Mazlan, namun didakwa gagal berbuat demikian.

Ini menyebabkan Mazlan membawa perkara itu ke mahkamah majistret yang kemudian menolak tuntutannya atas alasan bahawa dia telah mendedahkan terma-terma penyelesaian dalam catatan di Facebook.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...