TERKINI :

Sunday, May 15, 2016

MP PAS - Jika takut libatkan diri, berilah wang ringgit yang ada


KUALA LUMPUR: Manfaatlah anugerah harta dan ilmu yang kita perolehi untuk perjuangan Islam, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, jika takut untuk ke depan kerana penjawat awam, boleh bantu daripada belakang tabir yang tiada sesiapa pun tahu penglibatan kita.

Menurutnya lagi, jika takut juga hendak melibatkan diri, berilah wang ringgit yang ada.

 

"Jika kedua-dua ini pun tidak boleh buat, terpulanglah kepada diri masing-masing. Mungkin ada jawapan di hadapan Allah SWT," ujarnya menerusi laman facebook.

Beliau menambah, tidak menyumbangkan tenaga dan wang ringgit kepada perjuangan Islam bukan menyebabkan kita tidak sakit dan tidak mati.


"Semua kita akan mati dan ada pula yang ditimpa penyakit yang merbahaya sehingga tidak sempat menikmati hasil kekayaan yang dikumpul selama ini," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Justeru, kata beliau beruntunglah orang yang manfaatkan kudrat dan harta untuk perjuangan. - HARAKAHDAILY 14/5/2016

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...