TERKINI :

Saturday, May 14, 2016

MP Jelebu dibedah, buang ketumbuhan otak

Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Zainuddin Ismail

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Zainuddin Ismail selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada otaknya di Hospital Kuala Lumpur, semalam.

Anak keduanya, Muhammad Arif, 27 memberitahu ayahnya masih belum sedarkan diri namun stabil.

"Alhamdulillah (ayah) sudah keluar dari OT (bilik pembedahan) dan doktor memberitahu pembedahan berjaya. Ketumbuhan sudah dikeluarkan.

"(Doktor juga beritahu) semasa pembedahan ayah beri respons yang sangat baik. Tekanan darah juga sudah stabil," katanya kepada Sinar Online.

Semalam, Zainuddin dikejarkan ke HKL selepas tidak sedarkan diri di rumahnya dan selepas ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan), doktor mengesahkan pembedahan segera perlu dijalankan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Parlimen Jelebu pengsan, dihantar ke HKL]

Mengulas lanjut, Muhammad Arif berkata doktor memberitahu tempoh 24 jam selepas pembedahan merupakan tempoh kritikal.

"Ayah masih 'under sedative' untuk 24 jam. Tempoh 24 jam kehadapan masih lagi kritikal. Pelawat sangat tidak digalakan untuk 24 jam ini. Selepas itu, insya-ALLAH boleh lawat.

"Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan berbanyak terima kasih di atas doa-doa kalian. Sama-samalah kita mendoakan untuk kesembuhan ayah," katanya.


No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...