TERKINI :

Sunday, May 15, 2016

Mesej TUN M yang mudah untuk difahami jika benar mahu menolak NAJIB

Shahbudin Husin,


Berucap dalam program Selamatkan Malaysia di Stadium Melawati malam tadi, Tun Mahathir Mohamad antara lain mengajak semua pihak agar bersatu mengalahkan BN dalam pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang bakal diadakan pada 18 Jun akan datang tanpa mengira sama ada calonnya daripada Pakatan Harapan atau pun Pas.

"Jangan kita kira siapa calon ini, walaupun Pas kerana kita perlu kalahkan BN untuk menunjukkan kepada Najib bahawa rakyat sudah tidak lagi sokong dia.

"Sebab itu kita perlu kerja keras untuk kalahkan BN dalam dua pilihanraya kecil ini," tegas Tun Mahathir.

Yesssss...mesej yang mudah dan tidak sukar untuk difahami.

Mesej Tun Mahathir itu bukan saja ditujukan kepada Pakatan Harapan dan Pas agar berunding baik-baik bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN, tetapi juga sebenarnya untuk difahami oleh pengundi di kedua-dua kawasan tersebut.

Malah ia juga secara tidak langsung menggambarkan kesediaan Tun Mahathir untuk turun sama berkempen di Kuala Kangsar dan Sungai Besar kali ini.
Sudah tentu dengan kesediaan berkempen oleh bekas Perdana Menteri dalam  dua pilihanraya kecil ini, ditambah jika wujud kesepakatan yang baik di kalangan parti-parti pembangkang, meskipun ia diadakan pada bulan puasa, kemeriahannya tidak akan berkurang sama sekali.

Maknanya, jika benar semua pihak ingin bersama-sama menyelamatkan Malaysia daripada terus terbelenggu dengan ketidaktentuan dan nama buruk di peringkat antarabangsa, inilah masa terbaik untuk melakukannya.

Kekalahan BN di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, lebih-lebih lagi jika dengan undi yang lebih besar, walaupun tidak menjejaskan kedudukan kerajaan, tetapi pasti akan membuatkan Najib dan gerombolan dedaknya semakin membilang hari-hari terakhir mereka di Putrajaya. (SH 15/05/2016).

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...