TERKINI :

Friday, May 20, 2016

Mat Bashah tak hairan dengan kajian tak suka kat dia tu..

MB Kedah: Kajian tak lemahkan saya

Ahmad Bashah Md Hanipah
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, kajian sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menyatakan 83.63 peratus rakyat Kedah tidak yakin terhadap kepimpinan beliau, sama sekali tidak melemahkannya.

Beliau berkata, ia sama sekali tidak memberi impak kepada pentadbiran kerajaan negeri, memandangkan tempoh pentadbirannya yang baru sahaja melepasi 100 hari dan belum boleh menjadi ukuran kepada pencapaiannya menjadi menteri besar.

"NGO yang membuat kajian tersebut tidak mempunyai autoriti dan asas yang kukuh untuk melakukan kajian itu. Biarlah mereka nak buat kajian," katanya selepas merasmikan pameran Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia di Stadium Sultan Abdul Halim di sini hari ini.

Semalam, sebuah portal dalam talian melaporkan sebuah NGO Kedah, dinamakan Think Tank Kedah menyatakan bahawa hasil kajian dalam talian mereka selama sebulan bermula 12 April lalu, mendapati 83.63 peratus responden tidak yakin terhadap Ahmad Bashah sebagai menteri besar.

Sebanyak 84.5 peratus pula mengatakan mereka tidak yakin kemampuannya dalam mengurus ekonomi Kedah, serta 83.1 peratus tidak yakin kemampuannya membawa lebih banyak pelaburan asing.

Dalam perkembangan lain, Kedah berhasrat mahu memohon penambahan unit PPA1M daripada kerajaan persekutuan sekiranya terdapat permintaan tinggi.

Bagaimanapun, kata Ahmad Bashah, pihaknya mahu mengenal pasti terlebih dahulu jenis kategori rumah yang mendapat permintaan tinggi, dan trend permintaan rumah daripada penjawat awam, sebelum memohon penambahan itu.

"Kita rasa 7,000 tidak cukup, mungkin akan minta penambahan daripada Persekutuan. Tapi kita tengok dulu harga rumah mana yang banyak permintan selain melihat faktor lain seperti skim dan gred penjawat awam itu," katanya.

Ketika ini, sejumlah 7,000 unit PPA1M telah diluluskan di negeri ini di beberapa daerah strategik seperti Kota Setar, Kulim, Kuala Muda, Kubang Pasu dan Pokok Sena dan ditawarkan dengan harga 10 hingga 15 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

Terdapat sebanyak 7,366 penjawat awam negeri di Kedah ketika ini Perkhidmatan Awam Negeri (4,634), Badan Berkanun Negeri (724) dan Pihak Berkuasa Tempatan (1,999).

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Bashah menggesa agar penjawat awam bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam menangkis tohmahan yang dilemparkan anasir luar, yang bertujuan menjatuhkan kerajaan. - Bernama

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...