TERKINI :

Friday, May 6, 2016

Kulim - Tiada lampu isyarat di Jalan Bukit Awi

Tiada lampu isyarat di Jalan Bukit Awi

KULIM - Kerajaan diminta segera mengambil tindakan proaktif untuk memasang lampu isyarat di Jalan Bukit Awi bagi menjaga keselamatan hampir 1,000 pelajar di situ.

Adun Kulim, Chua Thiong Gee berkata, sudah banyak kali isu itu dibangkitkan pihak Sekolah Kebangsaan (Sk) Convent Kulim, namun tiada perubahan berlaku.

Menurutnya, lampu isyarat di sini perlu dipasang segera bagi memudahkan pengguna jalan raya terutama ibu bapa dan pelajar untuk melintas dan menghantar anak mereka.

“Apabila saya datang ke sini, isu utama dibangkitkan pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah mengenai lampu isyarat. Saya lihat memang perlu ada satu lampu isyarat di kawasan itu.

“Sudah 10 tahun diajukan permintaan itu, lagipun banyak kemalangan berlaku di sini. Baru-baru ini, 10 pelajar cedera kerana van dinaiki mereka dihentam sebuah kenderaan.

“Kalau kes kemalangan maut membabitkan pengguna jalan raya, saya kira sudah lebih tiga kes, sebab itu saya minta kerajaan melalui jabatan terlibat segera ambil langkah proaktif,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Hari Kantin SK Convent Kulim dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Kulim, semalam.

Thiong Gee berkata, cadangan dari sesetengah pihak supaya menutup jalan untuk melintas di situ, tidak relevan dan dikhuatiri akan lebih banyak kemalangan berlaku.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...