TERKINI :

Thursday, May 19, 2016

Kedah Akhiri Kemarau Kemenangan, Kahe Akhiri Kemarau Jaringan

KEDAH berjaya mengakhiri 'kemarau' kemenangan dengan menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, Rabu malam.

Menariknya, jaringan itu dihasilkan oleh penyerang yang mengalami 'kemarau' panjang untuk mencipta gol sejak bersama pasukan berkenaan pada Januari lalu iaitu Carlos Eduardo De Souza atau Kahe.

Dalam perlawanan itu, Kedah yang diperkuatkan oleh pemain mudanya tidak dapat menyembunyikan 'kehausan' jaringan apabila memperolehi gol pada minit pertama perlawanan.

Jaringan tersebut dihasilkan Kahe selepas pergerakannya tidak dihalang oleh pertahanan lawan sebelum dapay melepaskan rembatan.

Penjaga gol pelawat, Wilfred Jabun yang kelihatan tergamam dengan situasi tersebut gagal mempertahankan gawangnya.

Tersentak dengan jaringan itu, skuad The Cops kembali mengatur serangan untuk menyamakan kedudukan dan ia berjaya mengusarkan pertahanan Kedah.

Pada minit ke-20, Kahe berjaya menggandakan kedudukan selepas mudah menolak masuk bola hasil hantaran lintang Farhan Roslan dari kiri kawasan gol lawan.

Meskipun ketinggalan 2-0, namun pemain PDRM masih enggan menyerah kalah sebaliknya terus mengasak kubu tuan rumah.

Kawalan bola lebih kemas dan hantaran tepat antara yang dipamerkan PDRM pada babak kedua.

Bagaimanapun cubaan demi cubaan yang diatur gagal menembusi gawang yang dikawal oleh Farhan Abu Bakar.

Kedudukan 2-0 hasul jaringan Kahe kekal sehingga perlawanan tamat.

Kejayaan Kedah yang kembali merekodkan kemenangan selepas lima perlawanan berjaya membawa pasukan tersebut memintas PDRM untuk berada di tangga kelima liga.

Anak didik Tan Cheng Hoe akan kembali menentang PDRM untuk pusingan kedua liga di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...