TERKINI :

Monday, May 16, 2016

Kalau menang untung, kalau kalah balik modal – Hadi

Hadi-Awang
KUALA LUMPUR: PAS tidak akan terjejas sekalipun parti pembangkang lain turut meletakkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Sungai Besar.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti Islam itu tetap akan menurunkan calonnya pada PRK Sungai Besar dan tidak kira kalah atau menang, parti Islam itu tidak akan rugi apa-apa.

“Kalau bertanding PAS tidak rugi sama ada menang atau kalah, kalau menang untung, kalau kalah balik modal.

“Barisan Nasional kalau kalah tak rugi, kalau menang balik modal,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Pada masa sama, Hadi turut menjelaskan parti itu tidak akan menghalang PKR, AMANAH mahupun DAP meletakkan calon mereka pada PRK berkenaan.

“Kita tak boleh paksa, terpulang pada mereka (bertanding),” ujarnya sebagai mengulas laporan mengenai Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan Pakatan Harapan akan membincangkan jika ada parti sekutunya bakal bertanding pada PRK Sungai Besar.

Sementara itu, Hadi memaklumkan Majlis Syura telah meluluskan senarai calon untuk bertanding pada PRK Sungai Besar dan ia akan diumumkan kelak. FMT

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...