TERKINI :

Thursday, May 5, 2016

Jutawan Cina tempatan mungkin beralih sokong BN “demi mata pencarian”

cina-malaysia
PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik dan ekonomi meramalkan kumpulan peniaga Cina tempatan akan beralih menykong kerajaan BN dalam pilihan raya kali ini “demi mata pencarian” lantaran berdepan ekonomi tidak menentu.

Prof Hoo Ke Ping berkata jutawan-jutawan ini merupakan penyokong kuat pembangkang tetapi kini berharap untuk menghentikan dasar hudud UMNO-PAS.

Pada 1990an, ramai jutawan terkemuka Cina hidup bersenang-lenang. Mereka beritahu peniaga kecil-kecilan supaya menyokong pembangkang. Tetapi sekarang ini ramai peniaga Cina mahu menukar arah. Di peringkat teratas ia berlaku dengan pantas.

“Mereka rasa takut kerana mata pencarian kini terancam. Jika mereka menyokong kerajaan BN, mereka harap dapat menyekat hudud dan pacu ekonomi,” katanya kepada FMT.

Meskipun terdapatnya laporan-laporan negatif mengenai ekonomi dan 1MDB yang dimiliki kerajaan, peniaga-peniaga Cina tempatan mahu terus berniaga di Malaysia kerana “lebih mudah mencari mata pencarian di sini,” kata Ke Ping.

“Jika mereka ke Hong Kong, ekonomi kurang bagus. Ada juga yang berniaga di Malaysia dan China. Tetapi ekonomi China juga kurang bagus.”

Ke Ping menyangkal dakwaan lebih ramai peniaga-peniaga Cina berhijrah ke luar negara ekoran ketidakstabilan politik. Beliau berkata yang berhijrah adalah individu-individu profesional, bukannya peniaga.

“Hanya sejumlah kecil peniaga Cina memindahkan perniagaan mereka ke luar negara,” jelasnya.

Kali terakhir penghijrahan besar-besaran dicatatkan adalah selepas rusuhan kaum 1969, katanya, apabila hartawan-hartawan Cina memindahkan perniagaan mereka ke luar negara demi keselamatan keluarga dan perniagaan masing-masing.

Bagaimanapun, ada dalam kalangan mereka pulang selepas menyedari lebih mudah mencari rezeki di sini.

“Barangkali kita kehilangan golongan profesional. Mungkin mereka tidak akan pulang.”

Isu hudud kembali menerjah menyusuli desas-desus jalinan kerjasama antara dua parti Melayu-Islam terbesar, apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menghulurkan salam persaudaraan kepada sekutu ketat, PAS.

Najib dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu menawarkan kerjasama dengan PAS untuk membangunkan negara ini selaras dengan doktrin Islam.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...