TERKINI :

Saturday, May 28, 2016

JPJ keluar notis kes guna lorong kecemasan

JPJ
MELAKA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mula mengeluarkan notis temusiasat kepada pemilik kenderaan yang dikesan menggunakan lorong kecemasan di KM228 Lebuhraya Utara-Selatan di sini, Ahad lepas.

Pengarah JPJ Melaka Mohd Fadhil Hassan berkata pemilik kenderaan yang menerima notis itu mempunyai masa dua minggu untuk hadir ke pejabat JPJ untuk siasatan lanjut.

"Jika pemilik tidak memandu kenderaan itu pada masa tersebut dia perlu memaklumkan (kepada JPJ) siapa yang memandu pada masa itu.

"Sekiranya ingkar (hadir ke JPJ) kita akan keluarkan saman ingkar patuhi notis tersebut," katanya kepada pemberita selepas Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob bagi penggal keempat di sini hari ini.

Semalam, Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JPJ Datuk V.Valluvan berkata 91 kenderaan menggunakan lorong kecemasan itu, tujuh daripadanya termasuk tiga kenderaan bernombor pendaftaran Singapura sudah dikenal pasti menghalang laluan ambulans dan akan dihadapkan ke mahkamah.

Dalam kejadian Ahad lepas, kenderaan tersebut didapati menggunakan lorong kecemasan sehingga menjadi antara punca ambulans lewat tiba di lokasi kemalangan berhampiran susur keluar Simpang Ampat di sini. - Bernama

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...