TERKINI :

Friday, May 6, 2016

Jenazah Jenazah Azhar yang meninggal di Vietnam dijangka tiba esok

Keluarga bingung punca kematian

ALOR SETAR - Jenazah Mohd Azhar Abdul Wahab dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 2 petang esok.

Pengurusan jenazah Allahyarham Mohd Azhar, 33, yang ditemui mati di sebuah bilik hotel di Ho Chi Minh, Vietnam, minggu lalu berjalan lancar semalam dengan kerjasama pegawai Kedutaan Malaysia di sana.

Mengikut catatan laman Facebook saudara terdekatnya hari ini, menyebut semua urusan berjalan dengan baik.

"Alhamdulillah jenazah dapat diuruskan dengan baik melalui kerjasama yang sangat baik dari konsulat kita.

"Baru selesai taklimat ringkas dan mesyuarat pengurusan jenazah. Kami akan pulang ke hotel untuk check-in dan berehat sebentar untuk bersiap ke hospital," katanya.

Menurutnya, kira-kira jam 3 petang mereka akan ke hospital untuk mengetahui prosuder yang ditetapkan sebelum memulakan proses memandikan jenazah, mengkafan dan sembahyang.

Beliau berkata, jenazah akan dibawa pulang dengan pesawat kargo Malaysia Airlines Berhad MH751 kira-kira jam 12 tengah hari dan tiba di 'Terminal M' KLIA pada jam 2 petang.

"Pada 7.30 pagi Jumaat (esok) kami akan bergerak ke hospital untuk membawa jenazah ke lapangan terbang. Pengurusannya ke bahagian kargo pada jam 9 pagi.

"Kira-kira jam 11 pagi kami akan berlepas dengan pesawat itu dan dijangka tiba pada jam 2 petang. Sebaik sampai, kami akan berurusan dengan Wisma Putra untuk membawa pulang jenazah ke kampung," katanya.

Beliau berkata, mereka akan bertolak ke Masjid Air Merah, Kulim Kedah kira-kira jam 3 petang dan jenazah dijangka sampai kira-kira jam 8 malam untuk urusan pengebumian.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...