TERKINI :

Saturday, May 14, 2016

Isu Husam kukuhkan ikatan ahli Pas

KOTA BHARU - Biarpun dibayangkan agak terkesan dengan dakwaan 10 wakil rakyatnya akan meninggalkan Pas sebaik Adun Salor, Datuk Husam Musa dilucutkan keahlian, namun sebaliknya yang berlaku apabila ikatan antara ahli parti itu dilihat lebih utuh.

Setiausaha Pas negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, pelbagai dakwaan dan kenyataan dikeluarkan Parti Amanah Negara (Amanah) sebelum ini seolah-olah menggambarkan Pas akan kehilangan wakil rakyatnya, sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Setakat ini, perkembangannya terlalu positif, walaupun sebelum ini ada dakwaan mengatakan sehari selepas Datuk Husam dipecat, 10 wakil rakyat akan sertai mereka (Amanah). Tapi hingga hari ini, belum ada apa-apa tanda,” katanya kepada media di sini, semalam.

Che Abdullah ditemui media ketika menghadiri Karnival Antarabangsa Bio Kelantan 2016 di sini, semalam.

Menurutnya, dari segi situasi dan perkembangan semasa, ia menggambarkan terhadap usaha-usaha ke arah memperkukuhkan jemaah dan memantapkan lagi perjuangan di semua peringkat.

Sementara itu, mengulas mengenai PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Che Abdullah berkata, Pas Kelantan akan menghantar jentera untuk membantu calon di kedua-dua parlimen berkenaan.

“Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang keputusan dibuat berhubung perkara itu, tetapi jentera akan kita hantar mengikut keperluan di setiap kawasan,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...